picture

picture

Tuesday 26 March 2013

TAMAN HERBA NEGERI PERAK

Oleh : ARNI ZURAIDA BINTI ABD RAHMAN
 
 
·         Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba. untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah.

·         Taman Herba Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak,Sultan Azlan Shah serta turut pergi bersama ialah Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun,Raja Muda Perak,Raja Dr.Nazrin Shah dan Raja Puan Besar,Tuanku Zara Salim

·         Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.

·         Muzium Herba Negara terletak di Kampung Kepayang, 1 km dari Simpang Pulai, negeri Perak, Malaysia. Lokasinya di di persimpangan Jalan Gopeng-Batu Gajah. Asalnya ialah taman pelbagai herba. Pengurus taman itu ialah Bala Subramaniam .

·         Muzium ini mempunyai 3 bekas lombong bijih timah seluas 14 hektar dengan 8 hektar kawasan tanaman pelbagai herba. Spesies popular ialah Misai Kucing, Kunyit Bonglai, Kacip Fatimah dan Tutup Bumi Rimba. Pengunjung boleh merasai pelbagai herba. Selain itu boleh memancing di bekas lombong.

·         Herba lain yang ditanam ialah Emas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Tutup Bumi Rimba, Kunyit, Kacip Fatimah, Serai Wangi ,Tongkat Ali,Hempedu Bumi,Daun Sekentut, Keman Air, Cekur Kampung ,Bebuas Lagundi,Panah Durjana, Kucing Galak, Kapal Terbang dan Kecubung.

·         Rempah ratus yang terdapat seperti lada hitam, kayu manis, kulim, pala, bunga cengkih dan lengkuas.

·         Herba kosmetik yang ditanam seperti Lidah Buaya, Nilai, Lemuju, Avocado dan Delima.

Masa Melawat  : 8:00 pagi- 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
Tiket   : Dewasa-RM2

            : Pelajar/Kanak-kanak-RM1
Aktiviti Memancing   : 3Jam-RM10

Perkhemahan/Familyday     : 1 Tapak-RM200
Nombor Telefon        : 05-3572290

Nombor Faks : 05-3577597
Alamat            : Taman Herba Negeri Perak

                          Simpang Sindhu
                             31300 Kampung Kepayang


No comments:

Post a Comment