picture

picture

Tuesday 26 March 2013

TAMAN HERBA NEGERI PERAK

Oleh :
BADRUL MUHAIYAT BIN ABDUL BAHHARI

-       Dahulu kawasan tersebut merupakan pusat pemerhatian tanaman sayur dan tanaman singkat masa sejak tahun 1987.

-       Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan.

-       Dibuka secara rasmi sebagai Taman Herba  pada tahun 2002 atas kehendak Menteri Besar Perak pada masa dahulu iaitu Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

-       Dirasmikan oleh Sultan Negeri Perak Sultan Azlan Shah pada tahun 2002.

-       Keluasan di Taman Herba ialah 22 hektar .

-       Terdapat lebih kurang 527 spesis tumbuhan herba.

-       Antara spesis yang ada misai kucing , kunyit bonglai , kacip Fatimah dan lain – lain lagi .

-       Antara kemudahan yang ada di Taman Herba ialah  tapak khemah , dewan taklimat , surau dan lagi .

-       Masa melawat di Taman Negara pada pukul 8 pagi – 5 petang pada hari Isnin – Jumaat.

-       Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di situ antaranya ialah memancing , berkhemah , berjoging dan lain - lain

-       Bagi bayaran masuk dewasa dikenakan RM 2.00 dan bagi kanak – kanak atau pelajar dikenakan RM 1.00.

-       Untuk aktiviti memancing dikenakan bayaran RM 10.00 bagi 3 jam.

-       Bagi tapak khemah harus disewa dan harganya ialah RM 200.00 bagi satu tapak.

No comments:

Post a Comment