picture

picture

Tuesday 26 March 2013

MUZIUM PADI NEGERI KEDAH

Oleh : Fatiha

Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini. Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

Muzium Padi Kedah yang terletak di Gunung Keriang, lapan kilometer dari bandar raya Alor Star.Muzium itu yang dirasmikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, adalah muzium padi pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina.Dari jauh, bangunan muzium megah mempamerkan keunikannya. Rekaannya berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat) dan mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya. Ia dibina di tapak seluas 12,000 meter persegi dengan ketinggian 20.5 meter.Kedudukan muzium itu di kaki Gunung Keriang memang mengasyikkan kerana gunung itu juga tempat penduduk setempat mengutip batu kristal dari dalam gua bukit batu kapur di sekitarnya.
Muzium ini juga dikelilingi sawah dan perkampungan tradisional Melayu.Melangkah masuk ke tingkat paling atas muzium, terasa seperti di tengah-tengah hamparan hijau jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Kerani tiket muzium, Sahimarmizy Omar, berkata bangunan tiga tingkat itu mempamerkan pelbagai peralatan yang berkaitan penanaman padi serta teknologi yang digunakan dalam penghasilan makanan ruji penduduk negara ini.Di aras satu muzium, pengunjung berpeluang meninjau koleksi jenis padi mengikut gred, selain melihat peralatan yang digunakan di sawah seperti anok, renggam, kepok, sisir, kuku kambing dan tenggiling. Di dalam muzium seorang warga kerja muzium menyarankan saya untuk pergi ke aras 3 dahulu. Apa yang menarik di aras ini adalah panorama dalam bentuk mural dan lanskap. Ramai kanak-kanak yang mengikuti rombongan sekolah di aras ini. Kita boleh menyaksikan pemandangan sambil duduk dikerusi yang bepusing membawa anda melihat seluruh pemandangan. Setelah selesai mengambil gambar saya turun untuk ke aras yang seterusnya. Aras seterusnya adalah aras ke 2 . Di aras ini kita boleh melihat lukisan-lukisan menggambarkan pertanian penanaman padi .

Disamping itu terdapat pameran makan-makan yang berasaskan beras dipamerkan antaranya kuih beras, rempeyek dan banyak lagi. Di suatu sudut terdapat sebuah tv yang sedang menayangkan dokumentari mengenai tanam padi. Kelihatan rombongan pelajar sekolah semakin ramai masuk ke dalam muzium. Selesai mengambil gambar saya terus turun ke aras 1.Yang menarik di aras ini adalah pameran-pameran alatan yang digunakan dalam penanaman dan pemprosesan dari zaman dahulu sehinggga sekarang  dipamerkan di sini. Antara alatan yang ditunjukkan adalah pisau pemotong padi, mesin yang memproses padi menjadi beras, dan banyak lagi. Terdapat sebuah akuarium  yang di dalamnya ada ikan-ikan hidup yang biasanya boleh di temui di dalam petak-petak sawah pada musim sawah berair. Antaranya ikan puyu, keli dan haruan.Muzium Padi sememangnya muzium yang harus dikunjungi oleh setiap orang yang ingin mengetahui sejarah penanaman padi dan segala yang berkaitan dengan padi.Kepada yang inginkan cenderamata untuk dibawa pulang atau sebagai hadiah, di aras ini juga terdapat kedai yang menjual cenderamata .
Antara yang dijual di sini adalah baju, hasil kraftangan makanan dan lain-lain. Dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Oktober 2004, bangunan Muzium Padi dibina berbentuk gemai padi dengan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam bangunan sampingan.Sebaik melangkah ke pekarangan muzium itu, pengunjung dapat menyaksikan beberapa ukiran haiwan yang menarik seperti kerbau membawa pembajak, singa dan burung manakala dalamannya pula turut dihiasi dengan lukisan dan mural yang menggambarkan sejarah, geografi serta teknologi penanaman padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi adalah 12,000 meter dan mempunyai tiga aras. Aras satu, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di negeri ini, meninjau koleksi pelbagai jenis padi dan melihat peralatan sawah tradisional seperti anak, renggam, kepok serta tenggiling.Di aras itu, pengunjung boleh mencuba pengalaman membanting dan menumbuk padi selain dapat melihat alat-alat penangkapan ikan yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan tangkul.Memasuki aras dua, pengunjung boleh memberi peluang kepada pengunjung melihat galeri yang memuatkan pelbagai lukisan yang berkaitan aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga sekarang.
Pihak muzium turut menyediakan tayangan dokumentari mengenai kaedah penanaman padi, selain dapat melihat aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.Dengan mendaki 59 anak tangga ke aras tiga yang menggambarkan seolah-olah mendaki Gunung Keriang hingga ke puncaknya, pengunjung menikmati ruang panorama menarik perkampungan padi tradisional.Aras terakhir itu turut menempatkan platform berputar yang membolehkan pengunjung menghayati keindahan jelapang padi pada satu musim dalam bentuk mural dan landskap.Sebagai tanda kenang-kenangan, pengunjung boleh mendapatkan buah tangan seperti kraf tangan berkaitan padi atau membeli makanan tradisional yang berasaskan beras di kedai cenderamata untuk dibawa pulang. Muzium Padi dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk RM3 seorang untuk dewasa dan RM1 (kanak-kanak serta rombongan sekolah), manakala mereka yang ingin membawa masuk kamera atau telefon bimbit berkamera akan dikenakan bayaran RM2 seunit.

No comments:

Post a Comment