picture

picture

Sunday, 13 January 2013

Gunung Ledang



Gunung Ledang
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka dan daerah Ledang,Muar, Batu Phat dan Kluang di Johor.Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan Timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal Usul Nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan: kim, atau dalam karakter  bermaksud emas dan sua, atau karakter bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayarMajapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.
Selain itu, nama Ophir itu sendiri dipercayai berasal dari bahasa-bahasa ini:
           Bahasa Ibrani, dari perkataan tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō•fēr, suatu nama persendirian Ibrani.
           Bahasa Yunani, dari perkataan tukar ejaan: 'Ofis, bermaksud "ular", barangkali merujuk kepada larangan masyarakat tempatan untuk berjalan atau mendirikan perkhemahan diatas sesuatu tapak yang dilindungi yang dikatakan dijaga oleh sekumpulan ular berbisa yang bergerak-gerak.
           Bahasa Yunani, dari perkataan auferre, bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang.

Cara Mendaki
Ada tiga cara mendaki:
           Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
           Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun  anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
           Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

Kelebihan
Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.
Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.
Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil.

Eko Pelancongan

















Eko Pelancongan

Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang paling penting pada masa sekarang. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat, Beberapa buah negara di dunia kini, cuba memajukan pelancongan untuk beberapa faedah tertentu.
Terdapat juga alasan yang kukuh tentang kemungkinan kesan negatif dan keinginan yang kian meningkat untuk memajukan sektor ini secara terancang dan terkawal yang dapat mengoptimumkan faedah, manakala mencegah sebarang masalah yang serius.
Selain kawasan yang baru membangun, kawasan yang telah mempunyai pembangunan pelancongan yang agak banyak kini mengkaji semula sektor pelancongan, manakala di kebanyakan tempat, jika perlu, ingin memperbaiki sektor pelancongan untuk memenuhi piawaian sezaman dan objektif persekitaran.
Pengiktirafan diberi secara beransur-ansur terhadap pentingnya membangunkan pelancongan bersama-sama sektor lain dengan cara yang bersepadu dengan mengekalkan sumber untuk kegunaan yang berterusan, di samping membantu memelihara dan bukan merosakkan kawasan semulajadi dan warisan sejarah.

Definisi Pelancong
Definisi yang diterima secara umum dan meluas untuk pelancong antarabangsa telah disarankan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perjalanan dan Pelancongan Antarabangsa yang diadakan pada tahun 1963. Definisi itu menyatakan bahawa seorang pelawat adalah “sesiapa yang mengunjungi mana-mana negara, selain negara tempat ia bermastautin, dengan sebarang alasan, selain alasan pekerjaan dari Negara yang dilawati’ WTO 1981. Istilah pelawat merangkumi dua jenis pelawat yang ketara:

1. Pelancong – pelawat sementara yang menetap sekurang-kurangnya 24 jam di negara yang dilawati dan tujuan lawatan tersebut boleh dikelompokkan seperti yang berikut:

a. masa lapang (contohnya rekreasi, percutian, kesihatan, agama atau sukan)
b. perniagaan
c. keluarga
d. misi dan
e. mesyuarat

2. Rombongan – pelawat sementara yang menetap kurang 24 jam di destinasi yang dilawati dan bukan untuk tujuan bermalam ( termasuk pelancong yang belayar untuk makan angin )

Pelancong tempatan pula ialah orang yang melawat negeri lain selain daripada tempat seseorang itu bermastautin, lebih dari 24 jam. Sebagai contoh, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, melawat ke negeri Terengganu dan Kelantan selama 5 hari 4 malam dikira sebagai pelancong, kerana melebihi tempoh 24 jam dari masa yang ditetapkan.

Definisi Eko-Pelancongan.
Eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ecotourism seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.

Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh tokoh ilmuan berkenaan dengan eko-pelancongan, antaranya ialah:

Goodwin (1996, p. 288)
Low-impact nature tourism which contributes to the maintenance of species and habitats either directly through a contribution to conservation and / indirectly by providing revenue to the local community sufficient for local people to value, and thereforeprotect, their wildlife heritage area as a source of income.
Fennell (1999, p.43)
A sustainable form of natural resource-based tourism that focuses primarily on experiencing and learning about nature, and is ethically managed to be low impact, non-consumptive, and locally oriented (control, benefits and scale). It typically occurs in natural areas,and should contribute to the conservation or preservation of such areas.


Secara rumusannya, eko-pelancongan merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi, di mana, diharapkan agar pelancongan ini akan dapat menyumbang kepada penyelenggaraan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar. Bagi memastikan alam semulajadi ini terus terpelihara, sumber bagi eko-pelancongan ini hendaklah dimajukan secara terkawal bagi meminimumkan impak ke atas alam sekitar.

Pengaruh Sejarah Dalam Eko-Pelancongan
Pengetahuan sejarah tentang sesebuah kawasan merupakan perancangan pelancongan yang penting kerana pelbagai aspek sejarah yang lazimnya dinyatakan sebagai tarikan pelancong seperti tapak arkeologi dan tempat peristiwa bersejarah, dan telah mempengaruhi gaya hidup sezaman, seni, dan kraftangan. Sejarah kawasan juga mempengaruhi sistem nilai sosial serta sikap yang merupakan pertimbangan sosiobudaya dalam pelancongan. Sejarah kawasan tidak perlu dikemukakan secara terperinci, tetapi harus menonjolkan latar belakang yang diperlukan untuk memahami unsur penting untuk analisis pelancongan.

Subjek sejarah merupakan unsur terpenting yang hendak ditekankan didalam laporan ini, kerana dari sejarahlah terbentuk nilai sosio-budaya yang dapat kita tatap pada masa sekarang ini. Sejarah juga mengajar kita untuk menilai ekonomi, pertahanan, pentadbiran dan juga keagamaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sejarah memainkan peranan yang besar, tetapi bukan yang terpenting dalam eko-pelancongan.

Faktor-Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Eko-Pelancongan

Tarikan pelancong dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza, kesemuanya berasaskan logik. Walaubagaimanapun, segala pendekatan ini membandingkan tarikan berdasarkan aspek sejarah, lokasi, dan penilaian. SIstem pengelasan yang lazim digunakan adalah:

1) Tarikan semulajadi yang berdasarkan ciri persekitaran semulajadi
2) Tarikan budaya berdasarkan kegiatan manusia
3) Jenis tarikan istimewa yang dicipta secara buatan.

Bagi eko-pelancongan, tarikan semulajadi merupakan aspek utama yang mempromosikan sesuatu tempat itu, selain dari sejarah tempat tersebut. Antara tarikan semulajadi yang utama adalah:

 Iklim
Lazimnya iklim yang panas, cerah digemari oleh kebanyakan pelancong, khususnya dari pelancong dari luar negara, terutamanya apabila dikaitkan dengan tarikan lain seperti kawasan pantai, laut, dan gunung-ganang yang menyediakan kegiatan rekreasi. ‘ pemuliharaan ’ iklim yang diingini menerusi pengawalan pencemaran udara diperlukan untuk pelancongan.

 Keindahan Pelancongan
Secara keseluruhannya keindahan pemandangan semulajadi menjadi dorongan utama untuk dilawati, khususnya jika langkah pemuliharaan telah digunakan untuk mengekalkan kebersihan dan sifat semulajadi dalam persekitaran. Landskap semulajadi yang indah seperti Hutan Lipur Sekayu,yang mempunyai air terjun Sekayu yang begitu nmendamaikan.

 Kawasan Pantai dan Laut
Rangkaian pantai yang memutih, antaranya Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu Buruk dan sebagainya menjadi dorongan untuk para pelancong dari dalam dan luar Negara mengunjungi negeri Terengganu ini. Kawasan ini juga dikaitkan dengan pelbagai kegiatan rekreasi air seperti menaiki bot, luncur air, berenang dan sebagainya.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah Untuk Membantu Alam Sekitar
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan impak anda terhadap alam sekitar.
           Memadamkan lampu apabila anda tidak memerlukan mereka. Apabila mentol cahaya terhangus, menggantikan mereka dengan mentol tenaga-efisien.
           Jangan membazirkan air.
           Kitar semula.
           Menggalakkan ibu bapa anda memandu kereta bahan api-efisien dan tidak memanas rumah mereka dengan keterlaluan.
           Jangan melepaskan haiwan kesayangan anda apabila anda tidak memerlukan mereka. Sebelum membeli haiwan kesayangan, pastikan anda bersedia untuk memelihara mereka. Memiliki haiwan kesayangan adalah satu tanggungjawab.
Perkara yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan hutan hujan:
           Jangan membeli barangan yang diperbuat daripada kulit hidupan liar.
           Jangan membeli haiwan kesayangan luar biasa yang didapati daripada belantara. Anda boleh bertanya dengan kedai binatang sama ada binatang tersebut “ditangkap di belantara” (wild-caught) atau “diternak kurungan” (Captive bred). Haiwan yang “captive bred” lebih mesra-alam.
           Membeli kertas kitar-semula.
           Jangan membeli barangan kayu yang dikeluarkan daripada Indonesia, Malaysia, Brazil atau Afrika kecuali hanya anda tahu mereka datang daripada pembekal mesra-ekologi. Cara yang baik untuk mengetahui sama ada produk kayu itu keluaran hutan hujan atau tidak adalah melalui pengenalan label perakuan (certification label). Sebagai contoh, label perakuan "FSC-certified" bermakna keluaran kayu ini datang daripada hutan yang diurus dengan mapan.
           mempelajari lebih banyak perkara mengenai hutan hujan dan tumbuhan dan haiwan yang tinggal di dalamnya. Memberitahu kawan anda dan ibu bapa anda kenapa hutan hujan penting.
Memulihkan Dan Mengembalikan Hutan Hujan
           apabila kita sedang mencuba menyelamatkan hutan hujan, kita juga harus melihat bagaimana hutan yang dimusnahkan boleh dipulihkan. Sementara menanam semula sebuah hutan hujan adalah mustahil, beberapa hutan hujan boleh dipulih semula selepas ditebang -- terutamanya jika mereka mendapat bantuan melalui penanaman pokok. Dalam kes tertentu, juga berkemungkinan untuk menggunakan tanah nyah hutan untuk bentuk pertanian yang diperbaiki supaya ia boleh membekalkan makanan kepada penduduk yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk tersebut memperolehi makanan mereka tidak akan dan tidak perlu menebang pokok untuk bertani.

Satu bidang penyelidikan yang memberi kebaikan melihat masyarakat kuno yang mendiami di hutan Amazon sebelum kedatangan orang Eropah pada abad ke-15. nampaknya populasi ini berupaya memperkaya tanah hutan hujan yang biasanya kurang nutrisi, dengan menggunakan arang dan tulang binatang. Dengan memperbaiki kualiti tanah, sebidang kawasan luas Amazon yang nyah-hutan boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap kawasan hutan hujan demi tanah pertanian. Tambahan pula, tanah yang dikenali sebagai "terra preta" ini boleh digunakan untuk memerangi pemanasan global sedangkan ia meresap karbon dioksida, sejenis gas rumah hijau yang penting.
Menggalakkan Manusia Tinggal Dengan Cara Yang Tidak Memudaratkan Alam Sekitar
           Bahagian penting dalam menyelamatkan hutan hujan dan alam sekitar adalah menggalakkan semua manusia hidup dengan cara yang tidak berbahaya kepada dunia di sekeliling mereka. Memandu kereta bahan api efisien, memelihara air, memadamkan lampu apabila tidak memerlukannya, dan mengitar semula merupakan cara anda dengan keluarga anda mengurangkan impak terhadap alam persekitaran.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu alam sekitar?
Di negara berhutan hujan banyak saintis dan organisasi berusaha untuk membantu penduduk tempatan hidup dengan cara yang kurang berbahaya terhadap alam sekitar. Terdapat orang yang menamakan usaha ini sebagai "sustainable development" atau pembangunan mapan. Pembangunan mapan mempunyai matlamat untuk memperbaiki kehidupan manusia dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar. Tanpa memperbaiki kehidupan manusia yang tinggal di dalam dan di sekitar hutan hujan, adalah sukar untuk melindungi taman raya dan hidupan liar. Pemuliharaan mesti berada dalam kepentingan penduduk tempatan supaya taman raya berfungsi. 
Menubuhkan Taman Raya Yang Melindungi Hutan Hujan Dan Hidupan Liar
           Pembentukan kawasan perlindungan seperti taman nasional adalah cara yang baik untuk menyelamatkan hutan hujan dan ekosistem yang lain. Kawasan yang dilindungi adalah lokasi yang menerima perlindungan kerana nilai alam sekitar dan nilai kebudayaan. Secara umumnya, kawasan terlindung diuruskan oleh kerajaan dan penjaga serta pengawal taman berperanan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan taman raya untuk memerangi aktiviti haram seperti pemburuan haram dan penebangan haram.

Kini, taman raya melindungi kebanyakan spesies yang paling menghadapi kepupusan di dunia ini. Binatang seperti Panda hanya didapati di kawasan perlindungan.

Taman raya adalah kaedah yang paling berjaya dan berkesan pada masa yang sama menerima sokongan daripada penduduk tempatan yang tinggal di dalam dan di sekitar kawasan perlindungan. Sekiranya penduduk tempatan mempunyai kepentingan dalam taman raya mereka akan membentuk pemantauan komuniti atau "community watch" yang melindungi taman daripada pemburuan dan pembalakan haram.

Satu cara yang berkesan dalam melindungi hutan hujan adalah melibatkan orang asli dalam pengurusan taman. Orang asli mengetahui lebih banyak perkara mengenai hutan berbanding dengan orang lain dan mempunyai kepentingan untuk melindungi hutan sebagai ekosistem yang membekalkan mereka makanan, perlindungan dan air bersih. Penyelidikan mendapati bahawa dalam kes tertentu “tanah simpanan asli” atau "indigenous reserves" sebenarnya melindungi hutan hujan dengan lebih baik daripada "taman nasional" di Amazon.

Taman raya juga boleh membantu ekonomi negara berhutan hujan dengan menarik pelancong asing yang membayar yuran masuk, mengupah pemandu belantara tempatan dan membeli kraftangan tempatan seperti bakul, kemeja-T dan gelang manik.

Menyokong Syarikat Yang Tidak Memusnahkan Alam Sekitar
          Kini terdapat banyak syarikat yang mengambil berat tentang alam sekitar. Syarikat-syarikat ini mencari jalan untuk mengurangkan impak mereka terhadap dunia di sekitar mereka dengan mengitar semula, mengurangkan penggunaan tenaga dan menyokong usaha pemuliharaan di negara lain. Jika pengguna seperti anda dan ibu bapa anda menyokong syarikat-syarikat ini dengan membeli barangan dan perkhidmatan mereka, alam sekitar akan menjadi lebih baik.

Sunday, 9 December 2012

UNESCO & GEOGRAFI DI MALAYSIA


UNESCO
 
A UNESCO World Heritage Site is a place (such as a forest, mountain, lake, desert, monument, building, complex, or city) that is listed by the UNESCO as of special cultural or physical significance. The list is maintained by the international World Heritage Programme administered by the UNESCO World Heritage Committee, composed of 21 states parties which are elected by their General Assembly.
The programme catalogues, names, and conserves sites of outstanding cultural or natural importance to the common heritage of humanity. Under certain conditions, listed sites can obtain funds from the World Heritage Fund. The programme was founded with the Convention Concerning the Protection of World Cultural and Natural Heritage, which was adopted by the General Conference of UNESCO on 16 November 1972. Since then, 189 states parties have ratified the convention.
As of 2012, 962 sites are listed: 745 cultural, 188 natural, and 29 mixed properties, in 157 states parties. By sites ranked by country, Italy is home to the greatest number of World Heritage Sites with 47 sites, followed by Spain (44) and China (43). UNESCO references each World Heritage Site with an identification number; but new inscriptions often include previous sites now listed as part of larger descriptions. As a result, the identification numbers exceed 1200 even though there are fewer on the list.


Geografi Di Malaysia


Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Negeri yang terbesar merupakan Sarawak melebihi 124,000km². Pahang yang mempunyai keluasan 35,965 km² merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia manakala Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah negeri yang terkecil.
Negeri Sabah dan Sarawak terletak di pulau Borneo. Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagian, iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat, dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, dengan keluasan 91km² adalah terletak di persisiran pantai barat Sabah. Sarawak terdiri daripada Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan.

   Malaysia berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 1 dan 7 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur dan tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada musim monsun barat daya dan monsun timur laut. Purata suhu di hampir keseluruhan Malaysia ialah antara 21 C hingga 32 C. Kelembapannya dikatakan agak tinggi.


   Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru kerajaan persekutuan yang dibina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan kesemua pejabat kerajaan pusat dijangka di Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan akan dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia
   Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama:
(a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November hingga Januari merupakan bulan-bulan yang mempunyai curahan hujan yang maksimum, manakala Jun dan Julai mempunyai curahan hujan yang minimum.
(b) Corak hujan di kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia menunjukkan dua tempoh hujan maksimum yang dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum utama biasanya berlaku pada bulan Oktober hingga November, manakala maksimum sekunder berlaku pada bulan April hingga Mei. Di kawasan barat laut, minimum utama berlaku pada bulan Januari hingga Februari, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Jun hingga Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun hingga Julai, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Februari.


(c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan oleh kejadian 'Sumatera' pagi pada bulan Mei hingga Ogos dan corak maksima serta minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum, manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum pada bulan Mac hingga Mei dan minimum pada bulan Jun hingga Julai tidak wujud atau kurang jelas.

   Gempa bumi di Malaysia belum sampai memusnahkan mana-mana tempat di Malaysia. Ahli geologi mendapati Malaysia diluar 'Lingkaran api Pasifik' .Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mempunyai 17 stesen pengesan gempa bumi di seluruh Malaysia.


   Sejak 2007, Malaysia mengalami 40 gempa bumi lemah. 37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang). Dari November 2007 - 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Senarai gegaran di Malaysia
1.    10 Mac 2010, gegaran di sekitar Tasik Kenyir, Terengganu pada 2.6 pada skala Richter jam 11.10 malam. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titik pusatnya di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.[1]Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas menyatakan gempa lemah sebegini pernah berlaku pada 1980-an akibat pelepasan gas tektonik.Ia berlaku sewaktu proses pengisian air Empangan Kenyir.
 
2.    26 Februari 2010, berlaku gempa bumi lemah 3.1 skala richter di Lahad Datu, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titii gempa pada latitud 5.3 Utara dan longitud 118.2 Timur.
3.    5 Disember 2009 jam 9.41 pagi , gegaran gempa 2.2 skala Richter terjadi Janda Baik, Pahang
4.    9 Oktober 2009, gempa bumi lemah di Bukit Tinggi, Pahang jam 4.45 pagi - 12.05 tengah hari.

Migrasi Penduduk
PENGENALAN

Migrasi atau penghijrahan melibatkan perubahan tempat tinggal yang asal.
 
Pergerakan setempat berlaku jika penghijrahan tidak melintasi sempadan dan di dalam unit kawasan yang sama
Migran adalah penduduk yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain
Emigran adalah penduduk yang keluar dari negerinya sendiri
Imigran adalah penduduk yang masuk dan menetap di negeri yang lain


 
MENGAPA MIGRASI BERLAKU?
a)    Faktor-faktor Tolakan

     Kekurangan peluang pekerjaan atau kehilangan pekerjaan menyebabkan masalah penggangguran
     Kekurangan tanah pertanian kerana bilangan penduduk semakin meningkat
     Pengangguran menyebabkan kemiskinan dan mungkin kebuluran
     Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan angina kuat seprti taufan boleh menyebabkan perpindahan    penduduk 
     keluar ke sesuatu tempat
     Kawasan yang kekurangan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam seperti perkhidmatan perubatan, pendidikan
     bekalan air bersih dan elektrik juga terdapat perpindahan keluar

b)    Faktor-Faktor Tarikan

     Kawasan yang mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan menarik ramai penduduk
     Malaysia mempunyai keadaan politik yang stabil yang menarik banyak penduduk Indonesia dan Thailand
     Bandar-bandar yang mempunyai perkhidmatan sosial dan kemudahan awam yang lebih baik
 
     Bandar yang mempunyai perkhidmatan pendidikan dan iktisas yang lebih baik      Tempat-tempat yang beriklim lebih nyaman menarik lebih migran
c)    Faktor-Faktor Yang Lain


     Faktor seperti peperangan dan bencana alam memaksa seseorang berpindah.
     Migrasi berlaku apabila terdapat lebih banyak factor tolakan di tempat asal dan lebih banyak faktor tarikan di tempat
     destinasi
     Faktor sosial merukan faktor utama yang menyebabkan migrasi berlaku
     
   Penduduk suatu negara atau daerah boleh ditakrifkan dari dua sudut:
   1.    Orang yang memang tinggal di daerah tersebut.
    2.    Orang yang secara hukum berhak tinggal di daerah tersebut. Dengan kata lain orang yang mempunyai dokumen
           rasmi untuk tinggal di situ. Contohnya bukti kewarganegaraan, tetapi memilih tinggal di daerah lain.

   Kepadatan ialah nisbah bagi jumlah objek terhadap luas kawasan. Dengan demikian satuan yang digunakan ialah
    satuan/luas kawasan, misalnya: buah/m2. Sebagai contoh, kepadatan penduduk disebut sebagai 65 orang/km2.
Taburan suhu
 Sebagai sebuah negara yang terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang hampir seragam sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2°C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia serta bahagian utara dan timur laut Sabah yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin musim sejuk dari Siberia semasa monsun timur laut yang berlaku pada musim sejuk Hemisfera Utara. Walau bagaimanapun, perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3°C.


 Julat suhu harian adalah besar, antara 5°C hingga 10°C bagi stesen-stesen berhampiran pantai dan antara 8°C hingga 12°C bagi stesen-stesen di pedalaman, tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, waktu malam sejuk di mana-mana kecuali semasa monsun barat daya, yang mana pada waktu malam boleh dikatakan agak hangat.


 Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun timur laut dan ini terdapat di kawasan pantai timur, manakala di Sabah, bahagian utara dan timur lautnya juga menunjukkan perubahan suhu yang jelas. Bagi negeri Sarawak, tiada perubahan suhu yang jelas dapat ditentukan. Suhu purata bulanan adalah paling tinggi pada bulan April dan Mei, sementara suhu purata bulanannya paling rendah pada Disember dan Januari.


 Purata suhu harian di kebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahan-perubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timur laut, hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Sebagai contoh, di daerah Kuala Terengganu semasa monsun timur laut, suhu pada waktu siang jarang mencapai 32°C dan kerap kali tidak mencapai 27°C sekiranya hujan lebat melanda, manakala di Sandakan, Sabah, semasa monsun timur laut, iaitu musim hujan bagi daerah ini, suhu maksimum bagi setiap hari dalam bulan Disember hingga Februari, jarang mencapai lebih daripada 31°C walaupun tanpa hujan serta suhu minimum dalam bulan-bulan ini kadang-kadang boleh turun sehingga di antara 23°C dan 24°C. Beberapa keadaan yang telah dicatatkan menunjukkan bahawa suhu tidak melebihi 24°C, iaitu suhu terendah yang dicapai pada waktu malam di kebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya antara 21°C hingga 24°C. Tetapi nilai suhu di hampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut. Malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.

 
Kelembapan bandingan
 Seperti yang diperkatakan, Malaysia menpunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, dan berubah mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubah-ubah dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan barat laut Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubah-ubah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari.

  Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari, kecuali bagi negeri-negeri pantai timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.

Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh mencapai serendah 42% semasa bulan-bulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan-bulan lembab. Bagaimanapun, purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari satu tempat ke satu tempat, iaitu melebihi 94% dan mungkin mencapai setinggi 100%. Negeri-negeri di barat laut, iaitu Kedah dan Perlis serta utara Sabah mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian terbesar.

Rujukan :
a)    Sen, Chong Mui, Buku Teks SPM, Bantuan Studi Lengkap, Geografi Manusia Tingkatan 5, Sasbadi Sdn. Berhad, PJ, 1999

b)    http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Malaysia