picture

picture

Tuesday, 26 March 2013

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Oleh : EZNA SANI

Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan pusat kraf setempat bagi destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa serta menjadi salah satu LOKASI YANG MESTI DILAWATI. Memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat lagi keunikan dan kecantikan produk kraf tempatan yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Kompleks Kraf Kuala Lumpur menjadi aspirasi aktiviti kraf negara yang meliputi pemasaran, pendidikan, pembudayaan dan pemakanan setempat serta dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kraf yang beridentiti Malaysia.

Jualan Kraf
Menawarkan kepelbagaian jualan produk kraf tempatan di kedai Karyaneka untuk dibeli oleh pengunjung dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan. Menjual dan menerima tempahan pelbagai produk kraf dan pilihan, meliputi hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori, kemasan dan perhiasan rumah serta perabot dari pelbagai bidang kraf.
·         Kedai Hadiah Dan Cenderamata
Terdapat pelbagai cenderamata kraf meliputi bidang hasil rimba, tekstil, seramik, logam dan aneka kraf turut dijual. Himpunan produk kraf dari semua negeri di seluruh Malaysia memberi peluang kepada pengunjung memilih, membeli dan membuat tempahan dengan harga yang berpatutan. Pengunjung juga boleh memilih jenis pembungkusan dan hiasan yang sesuai. Perkhidmatan penghantaran secara percuma di sekitar Lembah Kelang disediakan kepada pembeli. (Masa Operasi : 9.00 pagi-8.00 malam)

 
Kedai Cenderamata Korporat
Karyaneka turut menyediakan ruang khas untuk cenderamata korporat iaitu produk kraf eksklusif dalam pelbagai pilihan untuk dihadiahkan kepada tetamu negara, dan orang perseorangan. Cenderamata korporat beridentiti Malaysia boleh dibeli terus atau melalui tempahan mengikut imej syarikat dan organisasi. (Masa Operasi : 9.00 pagi-8.00 malam)


Butik Karyaneka
Terdapat pelbagai koleksi pakaian, kain ela, hiasan rumah, aksesori hiasan diri dan lain-lain dari kraf tekstil batik, tenunan dan songket boleh didapati dalam rekaan dan corak eksklusif. Bergayalah dengan fesyen dari kraf tekstil untuk majlis rasmi ke pejabat mahupun bersantai. (Masa Operasi : 9.00 pagi-8.00 malam)

Kedai Satu Daerah Satu Industri

Muzium Kraf
Kenali dan hayati warisan kraf zaman ke zaman . Pengumpulan maklumat proses pembuatan kraf serta pameran warisan kraf yang diadakan dapat memberi pendidikan dan kefahaman yang berkesan kepada orang ramai dan generasi muda melalui program pemuliharaan kraf warisan. Penghayatan generasi muda ini dapat memupuk minat dan kecintaan mereka terhadap nilai seni produk kraf yang dihasilkan, agar terus berkembang hingga ke akhir zaman. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tentang kraf melalui
buku-buku, cakera padat serta risalah-risalah.

Masa Operasi :
Isnin - Ahad: 9.00 pagi - 5.30 petang
Perkampungan Kraf
Aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf dijalankan di Perkampungan Kraf bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari dan menjiwai proses pembuatan produk kraf seperti anyaman rotan, mencanting batik, mengukir kayu dan membuat seramik. Pengunjung berpeluang mencipta hasil seni kraf yang digemari sambil mengasah bakat dan kreativiti diri sendiri melalui tunjuk ajar usahawan di Perkampungan Kraf. Bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba aktiviti ini. Tempahan produk kraf dengan motif dan rekaan sendiri turut dialu-alukan.

Masa Operasi:
Isnin - Ahad: 10.00 pagi - 6.00 petang


Perkampungan Pelukis
Kunjungi Perkampungan Pelukis dan bertemu dengan pelukis-pelukis tempatan yang meluahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan seni lukisan asli yang berimej Malaysia. Peminat lukisan boleh berinteraksi dan menyaksikan pelukis menggunakan pelbagai bahan dan teknik tersendiri. Pengunjung boleh membeli hasil lukisan atau membuat tempahan mengikut citarasa sendiri.

Masa Operasi:
Isnin - Ahad: 10.00 pagi - 6.00 petang
Kafeteria Craft Delight
Nikmati sajian makanan tempatan pelbagai pilihan dengan harga yang amat berpatutan. Suasana santai dan layan diri membuat pengunjung yang datang secara berseorangan, bersama keluarga atau rakan-rakan berpuashati. Tempat letak kereta percuma dan persekitaran kafe berhawa dingin menggamit pengunjung menikmati juadah yang tersedia.

Pusat Kraf Setempat
Kompleks Kraf Kuala Lumpur menanti anda dengan pelbagai aktiviti berasaskan seni dan kraf tempatan. Destinasi “Patut Dilawati”.


Alamat Surat Menyurat
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
Telefon : (603) 2162 7533 / 7459 Faks : (603) 2161 1501

No comments:

Post a Comment