Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini. Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.
Muzium
Padi Kedah yang terletak di Gunung Keriang, lapan kilometer dari bandar raya
Alor Star.Muzium itu yang dirasmikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah, adalah muzium padi pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas
Jepun, Jerman dan Filipina.Dari jauh, bangunan muzium megah mempamerkan
keunikannya. Rekaannya berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat)
dan mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya.
Ia dibina di tapak seluas 12,000 meter persegi dengan ketinggian 20.5
meter.Kedudukan muzium itu di kaki Gunung Keriang memang mengasyikkan kerana
gunung itu juga tempat penduduk setempat mengutip batu kristal dari dalam gua
bukit batu kapur di sekitarnya.
Muzium ini juga dikelilingi sawah dan
perkampungan tradisional Melayu.Melangkah masuk ke tingkat paling atas muzium,
terasa seperti di tengah-tengah hamparan hijau jika anda berkunjung pada musim
menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Kerani tiket muzium,
Sahimarmizy Omar, berkata bangunan tiga tingkat itu mempamerkan pelbagai
peralatan yang berkaitan penanaman padi serta teknologi yang digunakan dalam
penghasilan makanan ruji penduduk negara ini.Di aras satu muzium, pengunjung
berpeluang meninjau koleksi jenis padi mengikut gred, selain melihat peralatan
yang digunakan di sawah seperti anok, renggam, kepok, sisir, kuku kambing dan
tenggiling. Di dalam muzium seorang warga kerja muzium
menyarankan saya untuk pergi ke aras 3 dahulu. Apa yang menarik di aras ini
adalah panorama dalam bentuk mural dan lanskap. Ramai kanak-kanak yang
mengikuti rombongan sekolah di aras ini. Kita boleh menyaksikan pemandangan
sambil duduk dikerusi yang bepusing membawa anda melihat seluruh pemandangan.
Setelah selesai mengambil gambar saya turun untuk ke aras yang seterusnya. Aras
seterusnya adalah aras ke 2 . Di aras ini kita boleh melihat lukisan-lukisan
menggambarkan pertanian penanaman padi .
Disamping itu terdapat pameran makan-makan
yang berasaskan beras dipamerkan antaranya kuih beras, rempeyek dan banyak
lagi. Di suatu sudut terdapat sebuah tv yang sedang menayangkan dokumentari
mengenai tanam padi. Kelihatan rombongan pelajar sekolah semakin ramai masuk ke
dalam muzium. Selesai mengambil gambar saya terus turun ke aras 1.Yang menarik
di aras ini adalah pameran-pameran alatan yang digunakan dalam penanaman dan
pemprosesan dari zaman dahulu sehinggga sekarang dipamerkan di sini.
Antara alatan yang ditunjukkan adalah pisau pemotong padi, mesin yang memproses
padi menjadi beras, dan banyak lagi. Terdapat sebuah akuarium yang
di dalamnya ada ikan-ikan hidup yang biasanya boleh di temui di dalam
petak-petak sawah pada musim sawah berair. Antaranya ikan puyu, keli dan
haruan.Muzium Padi sememangnya muzium yang harus dikunjungi oleh setiap orang
yang ingin mengetahui sejarah penanaman padi dan segala yang berkaitan dengan
padi.Kepada yang inginkan cenderamata untuk dibawa pulang atau sebagai hadiah,
di aras ini juga terdapat kedai yang menjual cenderamata .
Antara yang dijual
di sini adalah baju, hasil kraftangan makanan dan lain-lain. Dibuka secara rasmi oleh
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Oktober 2004, bangunan
Muzium Padi dibina berbentuk gemai padi dengan mempunyai sebuah bangunan induk
dan enam bangunan sampingan.Sebaik melangkah ke pekarangan muzium itu,
pengunjung dapat menyaksikan beberapa ukiran haiwan yang menarik seperti kerbau
membawa pembajak, singa dan burung manakala dalamannya pula turut dihiasi
dengan lukisan dan mural yang menggambarkan sejarah, geografi serta teknologi
penanaman padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi adalah 12,000 meter dan
mempunyai tiga aras. Aras satu, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah
penanaman padi di negeri ini, meninjau koleksi pelbagai jenis padi dan melihat
peralatan sawah tradisional seperti anak, renggam, kepok serta tenggiling.Di
aras itu, pengunjung boleh mencuba pengalaman membanting dan menumbuk padi
selain dapat melihat alat-alat penangkapan ikan yang hampir pupus seperti
sepila, tuar, bubu dan tangkul.Memasuki aras dua, pengunjung boleh memberi
peluang kepada pengunjung melihat galeri yang memuatkan pelbagai lukisan yang
berkaitan aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga sekarang.
Pihak
muzium turut menyediakan tayangan dokumentari mengenai kaedah penanaman padi,
selain dapat melihat aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam,
membaja dan menuai.Dengan mendaki 59 anak tangga ke aras tiga yang
menggambarkan seolah-olah mendaki Gunung Keriang hingga ke puncaknya,
pengunjung menikmati ruang panorama menarik perkampungan padi tradisional.Aras
terakhir itu turut menempatkan platform berputar yang membolehkan pengunjung
menghayati keindahan jelapang padi pada satu musim dalam bentuk mural dan
landskap.Sebagai tanda kenang-kenangan, pengunjung boleh mendapatkan buah
tangan seperti kraf tangan berkaitan padi atau membeli makanan tradisional yang
berasaskan beras di kedai cenderamata untuk dibawa pulang. Muzium Padi dibuka
setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk RM3 seorang
untuk dewasa dan RM1 (kanak-kanak serta rombongan sekolah), manakala mereka
yang ingin membawa masuk kamera atau telefon bimbit berkamera akan dikenakan
bayaran RM2 seunit.
No comments:
Post a Comment