picture

picture

Tuesday, 26 March 2013

GUA TEMPURUNG

Oleh : Zafirah


SEJARAH
·         Merupakan salah satu gua batu kapur yang terletak di Goepeng, Perak. Gua tempurung merupakan gua terbesar yang terdapat di Perak dan merupakan salah satu gua batu kapur yang terletak di Semanjung Malaysia.
·         Terdapatnya stalaktit dan stalagmit yang berbeza. Setiap kubah yang terdapat dalam gua tersebut adalah berbeza dari segi suhu, aras ais, kandugan batu kapur dan marmar. Terdapat juga satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi di pertengan gua tersebut.
·         Kerajaan negeri  Perak telah membaik pulih memelihara dan mumulihara kawasan Gua Tempurung ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua Tempurung kini telah di lengkapi dengan lampu, tangga dan titi.

LATAR BELAKANG
·         Keluasan Gua Tempurung adalah 1.9km dan ketinggiannya mencecah 120meter.  Gua tersebut dipercayai telah wujud sejak 8000 sebelum masihi lagi dan adalah salah satu tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada tahun 1950 – 1960. Semenjak tahun 1970 Gua Tempurung telah dijadikan tempat perlombongan biji timah.

PROSES PEMBENTUKAN GUA
·         Proses pembentukan gua terjadi apabila terjadinya pembentukan stalaktit dan stalagmit.

·         Gua Batu Kapur terbentuk daripada proses pengaliran mata air atau  air bawah tanah melalui liang- liang dan rongga- rongga batu.

STALAKTIT
·         Saiz stalaktit dihadkan oleh berat sendiri dan akan di siling satu masa nanti.

·         Stalaktit adalah sentiasa lebih kurus daripada stalakmit.

STALAGMIT
·         Stalagmit adalah sejenis struktur yang naik dari lantai gua.

·         Stalagmit berlaku hanya pada keadaan tertentu dalam gua bawah tanah

·         Stalagmit adalah batu yang terbentuk di dasar gua.

·         Terbentuk akibat proses pelarutan air yang terjadi di dalam gua.

WAKTU BEROPERASI
·         Isnin hingga Ahad

9.00 pagi – 5.00 petang

Bayaran akan dikenakan mengikut pakej yang diambil

AKTIVITI
1.    Pakej A ( Mudah )
 

·         Golden Flowstone

- Membawa pengunjung hingga ke platform ke-3 sahaja

- Mengambil masa selama 40 minit

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm6 bagi pelancong dewasan dan Rm3 bagi 

  pelancong kanak-kanak.
 

2.    Pakej B ( Sederhana )

·         Top Of The World

- Mengambil masa selama 1 jam 45 minit

- Sekurang-kurangnya diikuti seramai 5 orang dewasa

- Dibuka pada 9 pagi – 3 petang setiap hari

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm9 bagi pelancong dewasa dan Rm4.50 bagi

   pelancong kanak-kanak 

3.     Pakej C ( Mencabar ) 

·         Top Of The World and River Adventure

- Mengambil masa selama 2 jam 30 minit

- Memerlukan 8 orang dewasa sekurang-kuranya

- Dibuka pada 9 pagi – 12 tengahari setiap hari

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm11 bagi pelancong dewasa dan Rm6 bagi

   pelancong kanak-kanak.
 

4.    Pakej D ( Paling Mencabar )

·         Grand Tour

- Mengambil masa selama 3 jam 30 minit

- Memerlukan 8 orang dewasa setipa lawatan

- Dibuka pada 9 pagi – 12 tengahari setiap hari

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm22 bagi pelancong dewasa dan Rm11 bagi

   pelancong kanak-kanak.
 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENEROKAI GUA


BIL

PERALATAN

YA

TIDAK

1.

Lampu Suluh

 

 

2.

Air Minuman

 

 

3.

Kasut Sukan

 

 

4.

Beg Galas

 

 

5.

Alat Mandian

 

 

6.

Pakaian peribadi

 

 

7.

Plastik Beg

 

 

8.

Sudu atau Garfu

 

 

9.

Kompas

 

 

10.

Peti Pertolongan Cemas

 

 

 
KEMUDAHAN
Ø  Tandas awam

Ø  Tempat beristirehat

Ø  Tempat beribadat

Ø  Kedai cenderamata

Ø  Kedai makan

MUZIUM PADI NEGERI KEDAH

Oleh : Fatiha

Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini. Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

Muzium Padi Kedah yang terletak di Gunung Keriang, lapan kilometer dari bandar raya Alor Star.Muzium itu yang dirasmikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, adalah muzium padi pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina.Dari jauh, bangunan muzium megah mempamerkan keunikannya. Rekaannya berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat) dan mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya. Ia dibina di tapak seluas 12,000 meter persegi dengan ketinggian 20.5 meter.Kedudukan muzium itu di kaki Gunung Keriang memang mengasyikkan kerana gunung itu juga tempat penduduk setempat mengutip batu kristal dari dalam gua bukit batu kapur di sekitarnya.
Muzium ini juga dikelilingi sawah dan perkampungan tradisional Melayu.Melangkah masuk ke tingkat paling atas muzium, terasa seperti di tengah-tengah hamparan hijau jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Kerani tiket muzium, Sahimarmizy Omar, berkata bangunan tiga tingkat itu mempamerkan pelbagai peralatan yang berkaitan penanaman padi serta teknologi yang digunakan dalam penghasilan makanan ruji penduduk negara ini.Di aras satu muzium, pengunjung berpeluang meninjau koleksi jenis padi mengikut gred, selain melihat peralatan yang digunakan di sawah seperti anok, renggam, kepok, sisir, kuku kambing dan tenggiling. Di dalam muzium seorang warga kerja muzium menyarankan saya untuk pergi ke aras 3 dahulu. Apa yang menarik di aras ini adalah panorama dalam bentuk mural dan lanskap. Ramai kanak-kanak yang mengikuti rombongan sekolah di aras ini. Kita boleh menyaksikan pemandangan sambil duduk dikerusi yang bepusing membawa anda melihat seluruh pemandangan. Setelah selesai mengambil gambar saya turun untuk ke aras yang seterusnya. Aras seterusnya adalah aras ke 2 . Di aras ini kita boleh melihat lukisan-lukisan menggambarkan pertanian penanaman padi .

Disamping itu terdapat pameran makan-makan yang berasaskan beras dipamerkan antaranya kuih beras, rempeyek dan banyak lagi. Di suatu sudut terdapat sebuah tv yang sedang menayangkan dokumentari mengenai tanam padi. Kelihatan rombongan pelajar sekolah semakin ramai masuk ke dalam muzium. Selesai mengambil gambar saya terus turun ke aras 1.Yang menarik di aras ini adalah pameran-pameran alatan yang digunakan dalam penanaman dan pemprosesan dari zaman dahulu sehinggga sekarang  dipamerkan di sini. Antara alatan yang ditunjukkan adalah pisau pemotong padi, mesin yang memproses padi menjadi beras, dan banyak lagi. Terdapat sebuah akuarium  yang di dalamnya ada ikan-ikan hidup yang biasanya boleh di temui di dalam petak-petak sawah pada musim sawah berair. Antaranya ikan puyu, keli dan haruan.Muzium Padi sememangnya muzium yang harus dikunjungi oleh setiap orang yang ingin mengetahui sejarah penanaman padi dan segala yang berkaitan dengan padi.Kepada yang inginkan cenderamata untuk dibawa pulang atau sebagai hadiah, di aras ini juga terdapat kedai yang menjual cenderamata .
Antara yang dijual di sini adalah baju, hasil kraftangan makanan dan lain-lain. Dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Oktober 2004, bangunan Muzium Padi dibina berbentuk gemai padi dengan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam bangunan sampingan.Sebaik melangkah ke pekarangan muzium itu, pengunjung dapat menyaksikan beberapa ukiran haiwan yang menarik seperti kerbau membawa pembajak, singa dan burung manakala dalamannya pula turut dihiasi dengan lukisan dan mural yang menggambarkan sejarah, geografi serta teknologi penanaman padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi adalah 12,000 meter dan mempunyai tiga aras. Aras satu, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di negeri ini, meninjau koleksi pelbagai jenis padi dan melihat peralatan sawah tradisional seperti anak, renggam, kepok serta tenggiling.Di aras itu, pengunjung boleh mencuba pengalaman membanting dan menumbuk padi selain dapat melihat alat-alat penangkapan ikan yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan tangkul.Memasuki aras dua, pengunjung boleh memberi peluang kepada pengunjung melihat galeri yang memuatkan pelbagai lukisan yang berkaitan aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga sekarang.
Pihak muzium turut menyediakan tayangan dokumentari mengenai kaedah penanaman padi, selain dapat melihat aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.Dengan mendaki 59 anak tangga ke aras tiga yang menggambarkan seolah-olah mendaki Gunung Keriang hingga ke puncaknya, pengunjung menikmati ruang panorama menarik perkampungan padi tradisional.Aras terakhir itu turut menempatkan platform berputar yang membolehkan pengunjung menghayati keindahan jelapang padi pada satu musim dalam bentuk mural dan landskap.Sebagai tanda kenang-kenangan, pengunjung boleh mendapatkan buah tangan seperti kraf tangan berkaitan padi atau membeli makanan tradisional yang berasaskan beras di kedai cenderamata untuk dibawa pulang. Muzium Padi dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk RM3 seorang untuk dewasa dan RM1 (kanak-kanak serta rombongan sekolah), manakala mereka yang ingin membawa masuk kamera atau telefon bimbit berkamera akan dikenakan bayaran RM2 seunit.

MUZIUM ISLAM MELAKA

oleh : Faezah

Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.

Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka  (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.
Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.

Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al-Quran terawal, sejarah masjid, replica pedang Rasulullah S.A.W.
Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).Bangunan ini adalah tinggalan warisan Belanda yang kini reka bentuk dalamnya disesuaikan dengan konsep imbasan era kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara.Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al Quran terawal,sejarah masjid-masjid di Melaka,replica pedang Rasulullah SAW ,kitab-kitab agama  dan tokoh-tokoh agama serta ulama dari Melaka dan Malaysia.

Bayaran Masuk
Dewasa : RM1
Kanak-kanak/Pelajar : 50 sen


Waktu Operasi
9.30 am - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)

Muzium Islam Melaka telah ditubuhkan untuk menjadi bukan sahaja pusat paparan dokumen dan artifak yang berkaitan dengan Islam tetapi juga menjadi pusat untuk penyelidikan ke dalam kedatangan Islam ke Melaka dan penyebaran berikutnya ke seluruh Malaysia.
Muzium Islam Melaka terletak di sebuah bangunan di Jalan Kota yang digunakan untuk menempatkan pejabat Majlis Agama Islam Melaka (Majlis Agama Islam Melaka - MAIM). Untuk menempatkan muzium dalaman bangunan itu telah diubahsuai dengan meluas untuk menggambarkan keindahan kemuliaan Islam. Usaha-usaha pengubahsuaian menggabungkan tradisi terbaik seni Islam dan ketukangan tempatan dan serantau.
Muzium Islam Melaka mempunyai lapan kawasan pameran utama, masing-masing dengan tema yang tersendiri. Pameran disusun dalam susunan kronologi memberi pelawat perspektif cepat sejarah kedatangan Islam ke Melaka dan merebak ke seluruh Malaysia.keselamatan) dan kegemilangan Tamadun Islam
Objektif
Untuk menggalakkan pemahaman yang lebih besar ilmu Islam dan menjadi pusat sumber bagi penyelidik dan ulama yang mengkaji sejarah Melaka dan Islam.

Untuk menunjukkan peranan Melaka dalam sejarah Islam di rantau ini dan link purba Melaka dengan pusat tamadun Islam di tempat-tempat seperti India, China, Saudi dan bahagian-bahagian lain di Asia Tenggara.

 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Oleh : EZNA SANI

Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan pusat kraf setempat bagi destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa serta menjadi salah satu LOKASI YANG MESTI DILAWATI. Memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat lagi keunikan dan kecantikan produk kraf tempatan yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Kompleks Kraf Kuala Lumpur menjadi aspirasi aktiviti kraf negara yang meliputi pemasaran, pendidikan, pembudayaan dan pemakanan setempat serta dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kraf yang beridentiti Malaysia.

Jualan Kraf
Menawarkan kepelbagaian jualan produk kraf tempatan di kedai Karyaneka untuk dibeli oleh pengunjung dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan. Menjual dan menerima tempahan pelbagai produk kraf dan pilihan, meliputi hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori, kemasan dan perhiasan rumah serta perabot dari pelbagai bidang kraf.
·         Kedai Hadiah Dan Cenderamata
Terdapat pelbagai cenderamata kraf meliputi bidang hasil rimba, tekstil, seramik, logam dan aneka kraf turut dijual. Himpunan produk kraf dari semua negeri di seluruh Malaysia memberi peluang kepada pengunjung memilih, membeli dan membuat tempahan dengan harga yang berpatutan. Pengunjung juga boleh memilih jenis pembungkusan dan hiasan yang sesuai. Perkhidmatan penghantaran secara percuma di sekitar Lembah Kelang disediakan kepada pembeli. (Masa Operasi : 9.00 pagi-8.00 malam)

 
Kedai Cenderamata Korporat
Karyaneka turut menyediakan ruang khas untuk cenderamata korporat iaitu produk kraf eksklusif dalam pelbagai pilihan untuk dihadiahkan kepada tetamu negara, dan orang perseorangan. Cenderamata korporat beridentiti Malaysia boleh dibeli terus atau melalui tempahan mengikut imej syarikat dan organisasi. (Masa Operasi : 9.00 pagi-8.00 malam)


Butik Karyaneka
Terdapat pelbagai koleksi pakaian, kain ela, hiasan rumah, aksesori hiasan diri dan lain-lain dari kraf tekstil batik, tenunan dan songket boleh didapati dalam rekaan dan corak eksklusif. Bergayalah dengan fesyen dari kraf tekstil untuk majlis rasmi ke pejabat mahupun bersantai. (Masa Operasi : 9.00 pagi-8.00 malam)

Kedai Satu Daerah Satu Industri

Muzium Kraf
Kenali dan hayati warisan kraf zaman ke zaman . Pengumpulan maklumat proses pembuatan kraf serta pameran warisan kraf yang diadakan dapat memberi pendidikan dan kefahaman yang berkesan kepada orang ramai dan generasi muda melalui program pemuliharaan kraf warisan. Penghayatan generasi muda ini dapat memupuk minat dan kecintaan mereka terhadap nilai seni produk kraf yang dihasilkan, agar terus berkembang hingga ke akhir zaman. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tentang kraf melalui
buku-buku, cakera padat serta risalah-risalah.

Masa Operasi :
Isnin - Ahad: 9.00 pagi - 5.30 petang
Perkampungan Kraf
Aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf dijalankan di Perkampungan Kraf bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari dan menjiwai proses pembuatan produk kraf seperti anyaman rotan, mencanting batik, mengukir kayu dan membuat seramik. Pengunjung berpeluang mencipta hasil seni kraf yang digemari sambil mengasah bakat dan kreativiti diri sendiri melalui tunjuk ajar usahawan di Perkampungan Kraf. Bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba aktiviti ini. Tempahan produk kraf dengan motif dan rekaan sendiri turut dialu-alukan.

Masa Operasi:
Isnin - Ahad: 10.00 pagi - 6.00 petang


Perkampungan Pelukis
Kunjungi Perkampungan Pelukis dan bertemu dengan pelukis-pelukis tempatan yang meluahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan seni lukisan asli yang berimej Malaysia. Peminat lukisan boleh berinteraksi dan menyaksikan pelukis menggunakan pelbagai bahan dan teknik tersendiri. Pengunjung boleh membeli hasil lukisan atau membuat tempahan mengikut citarasa sendiri.

Masa Operasi:
Isnin - Ahad: 10.00 pagi - 6.00 petang
Kafeteria Craft Delight
Nikmati sajian makanan tempatan pelbagai pilihan dengan harga yang amat berpatutan. Suasana santai dan layan diri membuat pengunjung yang datang secara berseorangan, bersama keluarga atau rakan-rakan berpuashati. Tempat letak kereta percuma dan persekitaran kafe berhawa dingin menggamit pengunjung menikmati juadah yang tersedia.

Pusat Kraf Setempat
Kompleks Kraf Kuala Lumpur menanti anda dengan pelbagai aktiviti berasaskan seni dan kraf tempatan. Destinasi “Patut Dilawati”.


Alamat Surat Menyurat
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
Telefon : (603) 2162 7533 / 7459 Faks : (603) 2161 1501

TAMAN HERBA

oleh : EZNA SANI BINTI AZMI

Taman Herba, perak terletak di Gopeng, Perak merupakan sebuah tempat yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin mempelajari mengenai khasiat herba tempatan. Taman Herba ini seluas 22.4 hektar memiliki herba untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti tapak perkhemathan, dan Perpustakaan. Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti melihat burung, memancing, berlari, dan permainan luar . Terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak mempunyai 527 spesis tumbuhan herba pelbagai kegunaan seperti perubatan , aromatherapi dan kosmetik sebagai ulam dan rempah.
Turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem , tapak perkhemahan , surau dan dewan taklimat . turut juga oleh memancing.
  • Masa Melawat : 8.00 pagi- 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
  • Tiket : Dewasa – RM 2.00
  • Aktiviti Memancing : 3 jam – RM 10.00
  • Perkhemahan Fanyday : 1 tapak – RM 200

Cempedak


Cempedak                                                      
 
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
A. integer
Artocarpus integer
Spreng.


Pokok Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer [1][2] sinonim Artocarpus champeden(Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung MalaysiaBruneiIndonesia, dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan. [3]

Pokok Cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun (midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk tirus hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak di mana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti di mana ia kelihatan berkilat. Pokok Cempedak hampir menyerupai pokok Nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun di mana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.
Pokok Cempedak adalah monoecious di mana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada pokok yang sama. Namun begitu bunga jantan dan betina terdapat dalam jambak yang berlainan. Jambak bunga jantan dan betina pada awalnya terbentuk didalam seludang yang nipis berwarna hijau. Apabila jambak kian membesar, seludang akan mula memecah dan jambak bunga akan terbit keluar. Seludang akan bertukar warna menjadi perang dan kemudiannya akan gugur.
Pokok Cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria, iaitu Erwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.

Pokok Cempedak juga tidak sesuai ditanam dikawasan yang mudah ditengelami banjir atau tanah yang tinggi kelembapannya. Pokoknya mudah mati pada kawasan sedemikian. Bagi kawasan berpasir seperti tanah bris, pokoknya kurang menghasilkan buah seandainya pengairan dan pembajaan yang kerap tidak dijalankan.
Jambak bunga jantan dan bunga betina terdiri dari gugusan banyak bunga-bunga yang bergabung. Jambak bunga jantan selalunya tirus dan pendek dengan ukuran sehingga lebih kurang 1.5 sm x 5.5 sm dan terdapat pada hujung ranting serta juga pada dahan pokok. Manakala jambak bunga betina biasanya lebih gemuk dan besar serta hanya terdapat pada dahan pokok sahaja. Bunga jantan, setelah 4-5 hari mengorak akan reput menjadi kehitaman lalu kemudiannya gugur manakala bunga betina akan terus membesar membentuk buah.

Isi kandungan
  [sorokkan

Buah Cempedak penuh
 














Buah cempedak yang telah dikupas











21 buah Cempedak dijual di pasar Filipina

 

Pokok Cempedak menghasilkan buah secara bermusim di mana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka di mana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak.
Buah Cempedak juga hampir sama dengan buah nangka di mana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Walaubagaimana pun buah Cempedak adalah lebih kecil dari buah Nangka.

[sunting]Kandungan Khasiat Pemakanan

Zat dalam per 100 gram

Energy atau tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap kencing manis),

Moisture= 66.7 g ,

Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,

Karbohidrat= 25.8 g,

Fiber= 3.4 g,

Ash =1.2 g,

kalsium =40.0 mg,

Phosphorous= 5.0 mg,

besi =1.1 mg , Sodium =25.0 mg

Potassium= 246.0 mg,

Carotene= 80 ug,

Vitamin B1 =0.16 mg,

Vitamin B2 =0.15 mg

Niacin =0.5 mg

Ascorbic Acid atau(Vitamin C) = 17.7 mg
Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
 

 




TAMAN HERBA NEGERI PERAK

Oleh :
BADRUL MUHAIYAT BIN ABDUL BAHHARI

-       Dahulu kawasan tersebut merupakan pusat pemerhatian tanaman sayur dan tanaman singkat masa sejak tahun 1987.

-       Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan.

-       Dibuka secara rasmi sebagai Taman Herba  pada tahun 2002 atas kehendak Menteri Besar Perak pada masa dahulu iaitu Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

-       Dirasmikan oleh Sultan Negeri Perak Sultan Azlan Shah pada tahun 2002.

-       Keluasan di Taman Herba ialah 22 hektar .

-       Terdapat lebih kurang 527 spesis tumbuhan herba.

-       Antara spesis yang ada misai kucing , kunyit bonglai , kacip Fatimah dan lain – lain lagi .

-       Antara kemudahan yang ada di Taman Herba ialah  tapak khemah , dewan taklimat , surau dan lagi .

-       Masa melawat di Taman Negara pada pukul 8 pagi – 5 petang pada hari Isnin – Jumaat.

-       Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di situ antaranya ialah memancing , berkhemah , berjoging dan lain - lain

-       Bagi bayaran masuk dewasa dikenakan RM 2.00 dan bagi kanak – kanak atau pelajar dikenakan RM 1.00.

-       Untuk aktiviti memancing dikenakan bayaran RM 10.00 bagi 3 jam.

-       Bagi tapak khemah harus disewa dan harganya ialah RM 200.00 bagi satu tapak.