picture

picture

Sunday, 13 January 2013

Jata Negara



Jata Negara
Dipercayai, coat of arms / jata / lambang merupakan satu keperluan bagi pihak feudal atau ketenteraan semasa tempoh peperangan, iaitu sebagai satu cara untuk membezakan angkatan sendiri, dan angkatan musuh. Lama-kelamaan, lambang sebegini menjadi tanda pengenalan untuk institusi keagamaan, kerajaan, institusi pendidikan, entiti perniagaan serta orang persendirian. Ia merupakan norma biasa bagi masyarakat, terutamanya di belah Eropah.
Kehadiran penjajah British di Tanah Melayu mungkin menjadi faktor kepada pengenalan lambang atau jata. Rekod terawal yang boleh dicari di internet, adalah berkenaan dengan lambang yang digunakan oleh Negeri2 Melayu Bersekutu.


Lambang ini diperkenalkan untuk FMS (Federated Malay States) pada tahun 1895, 4 warna pada perisai menunjukkan 4 negeri-negeri Melayu: Pahang, Selangor, Perak dan Negri Sembilan. Mahkota pula merujuk kepada pemerintahan di-Raja pada negeri-negeri terbabit. Cogan pada awan2, di dalam tulisan Jawi, menyebut Dipelihara Allah (May Allah Protects).

 Pembentukan Malaysia, dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura, menyebabkan pertambahan elemen di dalam Jata Negara. Bintang kini berpecah kepada 14, A Famosa digantikan dengan pokok melaka. Pada bahagian bawah perisai, sebelah kiri menunjukkan Sabah, tengah adalah Singapura dan kanan adalah Sarawak. Cogan pada awan2 pula ditukar kepada Bersekutu Bertambah Mutu dalam tulisan Jawi dan Rumi.


Jata diatas menunjukkan lambang yang digunapakai pada masa kini. Elemen Prince of Wales telah digantikan dengan pokok pinang dan jambatan bagi negeri Pulau Pinang. Berikut adalah penerangan ringkas untuk elemen-elemen di dalam Jata Negara Malaysia:
           Bintang pecah 14 menunjukkan 13 negeri-negeri di bawah persekutuan Malaysia dan 1 kerajaan persekutuan.
           Bintang bersama anak bulan pada bahagian atas perisai merujuk kepada agama Islam, iaitu Agama Rasmi Persekutuan.
           5 keris merujuk kepada Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu: Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
           Bahagian atas kiri perisai: Pulau Pinang. Bahagian atas kanan perisai: Melaka. Kedua-duanya merupakan Negeri2 Selat (straits settlement).
           4 Jalur pada tengah perisai adalah merujuk kepada 4 Negeri2 Melayu Bersekutu, hitam + putih = Pahang; merah + kuning = Selangor; putih + kuning + hitam = Perak; merah + hitam + kuning = Negri Sembilan.
           Bahagian bawah kiri perisai: Sabah; bahagian bawah kanan perisai: Sarawak; bahagian bawah tengah perisai: bunga raya (bunga kebangsaan Malaysia)
           2 ekor harimau, penopang jata di belah kiri dan kanan. Dikenali sebagai Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni). Antara elemen asal Lambang FMS yang dikekalkan. lambang kegagahan dan keberanian masyarakat Malaysia.
           Warna kuning pada awan2 merujuk kepada warna di-Raja bagi Duli2 Yang Maha Mulia Sultan2 di Malaysia ini. Cogan bersekutu bertambah mutu dalam tulisan rumi pada sebelah kiri dan dalam tulisan jawi di sebelah kanan.

Gunung Ledang



Gunung Ledang
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka dan daerah Ledang,Muar, Batu Phat dan Kluang di Johor.Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan Timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal Usul Nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan: kim, atau dalam karakter  bermaksud emas dan sua, atau karakter bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayarMajapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.
Selain itu, nama Ophir itu sendiri dipercayai berasal dari bahasa-bahasa ini:
           Bahasa Ibrani, dari perkataan tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō•fēr, suatu nama persendirian Ibrani.
           Bahasa Yunani, dari perkataan tukar ejaan: 'Ofis, bermaksud "ular", barangkali merujuk kepada larangan masyarakat tempatan untuk berjalan atau mendirikan perkhemahan diatas sesuatu tapak yang dilindungi yang dikatakan dijaga oleh sekumpulan ular berbisa yang bergerak-gerak.
           Bahasa Yunani, dari perkataan auferre, bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang.

Cara Mendaki
Ada tiga cara mendaki:
           Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
           Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun  anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
           Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

Kelebihan
Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.
Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.
Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil.

Eko Pelancongan

















Eko Pelancongan

Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang paling penting pada masa sekarang. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat, Beberapa buah negara di dunia kini, cuba memajukan pelancongan untuk beberapa faedah tertentu.
Terdapat juga alasan yang kukuh tentang kemungkinan kesan negatif dan keinginan yang kian meningkat untuk memajukan sektor ini secara terancang dan terkawal yang dapat mengoptimumkan faedah, manakala mencegah sebarang masalah yang serius.
Selain kawasan yang baru membangun, kawasan yang telah mempunyai pembangunan pelancongan yang agak banyak kini mengkaji semula sektor pelancongan, manakala di kebanyakan tempat, jika perlu, ingin memperbaiki sektor pelancongan untuk memenuhi piawaian sezaman dan objektif persekitaran.
Pengiktirafan diberi secara beransur-ansur terhadap pentingnya membangunkan pelancongan bersama-sama sektor lain dengan cara yang bersepadu dengan mengekalkan sumber untuk kegunaan yang berterusan, di samping membantu memelihara dan bukan merosakkan kawasan semulajadi dan warisan sejarah.

Definisi Pelancong
Definisi yang diterima secara umum dan meluas untuk pelancong antarabangsa telah disarankan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perjalanan dan Pelancongan Antarabangsa yang diadakan pada tahun 1963. Definisi itu menyatakan bahawa seorang pelawat adalah “sesiapa yang mengunjungi mana-mana negara, selain negara tempat ia bermastautin, dengan sebarang alasan, selain alasan pekerjaan dari Negara yang dilawati’ WTO 1981. Istilah pelawat merangkumi dua jenis pelawat yang ketara:

1. Pelancong – pelawat sementara yang menetap sekurang-kurangnya 24 jam di negara yang dilawati dan tujuan lawatan tersebut boleh dikelompokkan seperti yang berikut:

a. masa lapang (contohnya rekreasi, percutian, kesihatan, agama atau sukan)
b. perniagaan
c. keluarga
d. misi dan
e. mesyuarat

2. Rombongan – pelawat sementara yang menetap kurang 24 jam di destinasi yang dilawati dan bukan untuk tujuan bermalam ( termasuk pelancong yang belayar untuk makan angin )

Pelancong tempatan pula ialah orang yang melawat negeri lain selain daripada tempat seseorang itu bermastautin, lebih dari 24 jam. Sebagai contoh, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, melawat ke negeri Terengganu dan Kelantan selama 5 hari 4 malam dikira sebagai pelancong, kerana melebihi tempoh 24 jam dari masa yang ditetapkan.

Definisi Eko-Pelancongan.
Eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ecotourism seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.

Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh tokoh ilmuan berkenaan dengan eko-pelancongan, antaranya ialah:

Goodwin (1996, p. 288)
Low-impact nature tourism which contributes to the maintenance of species and habitats either directly through a contribution to conservation and / indirectly by providing revenue to the local community sufficient for local people to value, and thereforeprotect, their wildlife heritage area as a source of income.
Fennell (1999, p.43)
A sustainable form of natural resource-based tourism that focuses primarily on experiencing and learning about nature, and is ethically managed to be low impact, non-consumptive, and locally oriented (control, benefits and scale). It typically occurs in natural areas,and should contribute to the conservation or preservation of such areas.


Secara rumusannya, eko-pelancongan merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi, di mana, diharapkan agar pelancongan ini akan dapat menyumbang kepada penyelenggaraan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar. Bagi memastikan alam semulajadi ini terus terpelihara, sumber bagi eko-pelancongan ini hendaklah dimajukan secara terkawal bagi meminimumkan impak ke atas alam sekitar.

Pengaruh Sejarah Dalam Eko-Pelancongan
Pengetahuan sejarah tentang sesebuah kawasan merupakan perancangan pelancongan yang penting kerana pelbagai aspek sejarah yang lazimnya dinyatakan sebagai tarikan pelancong seperti tapak arkeologi dan tempat peristiwa bersejarah, dan telah mempengaruhi gaya hidup sezaman, seni, dan kraftangan. Sejarah kawasan juga mempengaruhi sistem nilai sosial serta sikap yang merupakan pertimbangan sosiobudaya dalam pelancongan. Sejarah kawasan tidak perlu dikemukakan secara terperinci, tetapi harus menonjolkan latar belakang yang diperlukan untuk memahami unsur penting untuk analisis pelancongan.

Subjek sejarah merupakan unsur terpenting yang hendak ditekankan didalam laporan ini, kerana dari sejarahlah terbentuk nilai sosio-budaya yang dapat kita tatap pada masa sekarang ini. Sejarah juga mengajar kita untuk menilai ekonomi, pertahanan, pentadbiran dan juga keagamaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sejarah memainkan peranan yang besar, tetapi bukan yang terpenting dalam eko-pelancongan.

Faktor-Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Eko-Pelancongan

Tarikan pelancong dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza, kesemuanya berasaskan logik. Walaubagaimanapun, segala pendekatan ini membandingkan tarikan berdasarkan aspek sejarah, lokasi, dan penilaian. SIstem pengelasan yang lazim digunakan adalah:

1) Tarikan semulajadi yang berdasarkan ciri persekitaran semulajadi
2) Tarikan budaya berdasarkan kegiatan manusia
3) Jenis tarikan istimewa yang dicipta secara buatan.

Bagi eko-pelancongan, tarikan semulajadi merupakan aspek utama yang mempromosikan sesuatu tempat itu, selain dari sejarah tempat tersebut. Antara tarikan semulajadi yang utama adalah:

 Iklim
Lazimnya iklim yang panas, cerah digemari oleh kebanyakan pelancong, khususnya dari pelancong dari luar negara, terutamanya apabila dikaitkan dengan tarikan lain seperti kawasan pantai, laut, dan gunung-ganang yang menyediakan kegiatan rekreasi. ‘ pemuliharaan ’ iklim yang diingini menerusi pengawalan pencemaran udara diperlukan untuk pelancongan.

 Keindahan Pelancongan
Secara keseluruhannya keindahan pemandangan semulajadi menjadi dorongan utama untuk dilawati, khususnya jika langkah pemuliharaan telah digunakan untuk mengekalkan kebersihan dan sifat semulajadi dalam persekitaran. Landskap semulajadi yang indah seperti Hutan Lipur Sekayu,yang mempunyai air terjun Sekayu yang begitu nmendamaikan.

 Kawasan Pantai dan Laut
Rangkaian pantai yang memutih, antaranya Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu Buruk dan sebagainya menjadi dorongan untuk para pelancong dari dalam dan luar Negara mengunjungi negeri Terengganu ini. Kawasan ini juga dikaitkan dengan pelbagai kegiatan rekreasi air seperti menaiki bot, luncur air, berenang dan sebagainya.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah Untuk Membantu Alam Sekitar
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan impak anda terhadap alam sekitar.
           Memadamkan lampu apabila anda tidak memerlukan mereka. Apabila mentol cahaya terhangus, menggantikan mereka dengan mentol tenaga-efisien.
           Jangan membazirkan air.
           Kitar semula.
           Menggalakkan ibu bapa anda memandu kereta bahan api-efisien dan tidak memanas rumah mereka dengan keterlaluan.
           Jangan melepaskan haiwan kesayangan anda apabila anda tidak memerlukan mereka. Sebelum membeli haiwan kesayangan, pastikan anda bersedia untuk memelihara mereka. Memiliki haiwan kesayangan adalah satu tanggungjawab.
Perkara yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan hutan hujan:
           Jangan membeli barangan yang diperbuat daripada kulit hidupan liar.
           Jangan membeli haiwan kesayangan luar biasa yang didapati daripada belantara. Anda boleh bertanya dengan kedai binatang sama ada binatang tersebut “ditangkap di belantara” (wild-caught) atau “diternak kurungan” (Captive bred). Haiwan yang “captive bred” lebih mesra-alam.
           Membeli kertas kitar-semula.
           Jangan membeli barangan kayu yang dikeluarkan daripada Indonesia, Malaysia, Brazil atau Afrika kecuali hanya anda tahu mereka datang daripada pembekal mesra-ekologi. Cara yang baik untuk mengetahui sama ada produk kayu itu keluaran hutan hujan atau tidak adalah melalui pengenalan label perakuan (certification label). Sebagai contoh, label perakuan "FSC-certified" bermakna keluaran kayu ini datang daripada hutan yang diurus dengan mapan.
           mempelajari lebih banyak perkara mengenai hutan hujan dan tumbuhan dan haiwan yang tinggal di dalamnya. Memberitahu kawan anda dan ibu bapa anda kenapa hutan hujan penting.
Memulihkan Dan Mengembalikan Hutan Hujan
           apabila kita sedang mencuba menyelamatkan hutan hujan, kita juga harus melihat bagaimana hutan yang dimusnahkan boleh dipulihkan. Sementara menanam semula sebuah hutan hujan adalah mustahil, beberapa hutan hujan boleh dipulih semula selepas ditebang -- terutamanya jika mereka mendapat bantuan melalui penanaman pokok. Dalam kes tertentu, juga berkemungkinan untuk menggunakan tanah nyah hutan untuk bentuk pertanian yang diperbaiki supaya ia boleh membekalkan makanan kepada penduduk yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk tersebut memperolehi makanan mereka tidak akan dan tidak perlu menebang pokok untuk bertani.

Satu bidang penyelidikan yang memberi kebaikan melihat masyarakat kuno yang mendiami di hutan Amazon sebelum kedatangan orang Eropah pada abad ke-15. nampaknya populasi ini berupaya memperkaya tanah hutan hujan yang biasanya kurang nutrisi, dengan menggunakan arang dan tulang binatang. Dengan memperbaiki kualiti tanah, sebidang kawasan luas Amazon yang nyah-hutan boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap kawasan hutan hujan demi tanah pertanian. Tambahan pula, tanah yang dikenali sebagai "terra preta" ini boleh digunakan untuk memerangi pemanasan global sedangkan ia meresap karbon dioksida, sejenis gas rumah hijau yang penting.
Menggalakkan Manusia Tinggal Dengan Cara Yang Tidak Memudaratkan Alam Sekitar
           Bahagian penting dalam menyelamatkan hutan hujan dan alam sekitar adalah menggalakkan semua manusia hidup dengan cara yang tidak berbahaya kepada dunia di sekeliling mereka. Memandu kereta bahan api efisien, memelihara air, memadamkan lampu apabila tidak memerlukannya, dan mengitar semula merupakan cara anda dengan keluarga anda mengurangkan impak terhadap alam persekitaran.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu alam sekitar?
Di negara berhutan hujan banyak saintis dan organisasi berusaha untuk membantu penduduk tempatan hidup dengan cara yang kurang berbahaya terhadap alam sekitar. Terdapat orang yang menamakan usaha ini sebagai "sustainable development" atau pembangunan mapan. Pembangunan mapan mempunyai matlamat untuk memperbaiki kehidupan manusia dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar. Tanpa memperbaiki kehidupan manusia yang tinggal di dalam dan di sekitar hutan hujan, adalah sukar untuk melindungi taman raya dan hidupan liar. Pemuliharaan mesti berada dalam kepentingan penduduk tempatan supaya taman raya berfungsi. 
Menubuhkan Taman Raya Yang Melindungi Hutan Hujan Dan Hidupan Liar
           Pembentukan kawasan perlindungan seperti taman nasional adalah cara yang baik untuk menyelamatkan hutan hujan dan ekosistem yang lain. Kawasan yang dilindungi adalah lokasi yang menerima perlindungan kerana nilai alam sekitar dan nilai kebudayaan. Secara umumnya, kawasan terlindung diuruskan oleh kerajaan dan penjaga serta pengawal taman berperanan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan taman raya untuk memerangi aktiviti haram seperti pemburuan haram dan penebangan haram.

Kini, taman raya melindungi kebanyakan spesies yang paling menghadapi kepupusan di dunia ini. Binatang seperti Panda hanya didapati di kawasan perlindungan.

Taman raya adalah kaedah yang paling berjaya dan berkesan pada masa yang sama menerima sokongan daripada penduduk tempatan yang tinggal di dalam dan di sekitar kawasan perlindungan. Sekiranya penduduk tempatan mempunyai kepentingan dalam taman raya mereka akan membentuk pemantauan komuniti atau "community watch" yang melindungi taman daripada pemburuan dan pembalakan haram.

Satu cara yang berkesan dalam melindungi hutan hujan adalah melibatkan orang asli dalam pengurusan taman. Orang asli mengetahui lebih banyak perkara mengenai hutan berbanding dengan orang lain dan mempunyai kepentingan untuk melindungi hutan sebagai ekosistem yang membekalkan mereka makanan, perlindungan dan air bersih. Penyelidikan mendapati bahawa dalam kes tertentu “tanah simpanan asli” atau "indigenous reserves" sebenarnya melindungi hutan hujan dengan lebih baik daripada "taman nasional" di Amazon.

Taman raya juga boleh membantu ekonomi negara berhutan hujan dengan menarik pelancong asing yang membayar yuran masuk, mengupah pemandu belantara tempatan dan membeli kraftangan tempatan seperti bakul, kemeja-T dan gelang manik.

Menyokong Syarikat Yang Tidak Memusnahkan Alam Sekitar
          Kini terdapat banyak syarikat yang mengambil berat tentang alam sekitar. Syarikat-syarikat ini mencari jalan untuk mengurangkan impak mereka terhadap dunia di sekitar mereka dengan mengitar semula, mengurangkan penggunaan tenaga dan menyokong usaha pemuliharaan di negara lain. Jika pengguna seperti anda dan ibu bapa anda menyokong syarikat-syarikat ini dengan membeli barangan dan perkhidmatan mereka, alam sekitar akan menjadi lebih baik.