picture

picture

Tuesday, 26 March 2013

TAMAN HERBA NEGERI PERAK

Oleh : ARNI ZURAIDA BINTI ABD RAHMAN
 
 
·         Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba. untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah.

·         Taman Herba Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak,Sultan Azlan Shah serta turut pergi bersama ialah Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun,Raja Muda Perak,Raja Dr.Nazrin Shah dan Raja Puan Besar,Tuanku Zara Salim

·         Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.

·         Muzium Herba Negara terletak di Kampung Kepayang, 1 km dari Simpang Pulai, negeri Perak, Malaysia. Lokasinya di di persimpangan Jalan Gopeng-Batu Gajah. Asalnya ialah taman pelbagai herba. Pengurus taman itu ialah Bala Subramaniam .

·         Muzium ini mempunyai 3 bekas lombong bijih timah seluas 14 hektar dengan 8 hektar kawasan tanaman pelbagai herba. Spesies popular ialah Misai Kucing, Kunyit Bonglai, Kacip Fatimah dan Tutup Bumi Rimba. Pengunjung boleh merasai pelbagai herba. Selain itu boleh memancing di bekas lombong.

·         Herba lain yang ditanam ialah Emas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Tutup Bumi Rimba, Kunyit, Kacip Fatimah, Serai Wangi ,Tongkat Ali,Hempedu Bumi,Daun Sekentut, Keman Air, Cekur Kampung ,Bebuas Lagundi,Panah Durjana, Kucing Galak, Kapal Terbang dan Kecubung.

·         Rempah ratus yang terdapat seperti lada hitam, kayu manis, kulim, pala, bunga cengkih dan lengkuas.

·         Herba kosmetik yang ditanam seperti Lidah Buaya, Nilai, Lemuju, Avocado dan Delima.

Masa Melawat  : 8:00 pagi- 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
Tiket   : Dewasa-RM2

            : Pelajar/Kanak-kanak-RM1
Aktiviti Memancing   : 3Jam-RM10

Perkhemahan/Familyday     : 1 Tapak-RM200
Nombor Telefon        : 05-3572290

Nombor Faks : 05-3577597
Alamat            : Taman Herba Negeri Perak

                          Simpang Sindhu
                             31300 Kampung Kepayang


GUA TEMPURUNG

Oleh : Mior Najmieruddin Bin Mior Azman
 
  ·         Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
 
·         Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentukstalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
 
·         Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.
 
·         Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
 
·         Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
 
·         Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
 
·         Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.
Ada 4 pakej yang disedia dari peringkat paling mudah dan juga paling mencabar.

GUA TEMPURUNG

Oleh : Zafirah


SEJARAH
·         Merupakan salah satu gua batu kapur yang terletak di Goepeng, Perak. Gua tempurung merupakan gua terbesar yang terdapat di Perak dan merupakan salah satu gua batu kapur yang terletak di Semanjung Malaysia.
·         Terdapatnya stalaktit dan stalagmit yang berbeza. Setiap kubah yang terdapat dalam gua tersebut adalah berbeza dari segi suhu, aras ais, kandugan batu kapur dan marmar. Terdapat juga satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi di pertengan gua tersebut.
·         Kerajaan negeri  Perak telah membaik pulih memelihara dan mumulihara kawasan Gua Tempurung ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua Tempurung kini telah di lengkapi dengan lampu, tangga dan titi.

LATAR BELAKANG
·         Keluasan Gua Tempurung adalah 1.9km dan ketinggiannya mencecah 120meter.  Gua tersebut dipercayai telah wujud sejak 8000 sebelum masihi lagi dan adalah salah satu tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada tahun 1950 – 1960. Semenjak tahun 1970 Gua Tempurung telah dijadikan tempat perlombongan biji timah.

PROSES PEMBENTUKAN GUA
·         Proses pembentukan gua terjadi apabila terjadinya pembentukan stalaktit dan stalagmit.

·         Gua Batu Kapur terbentuk daripada proses pengaliran mata air atau  air bawah tanah melalui liang- liang dan rongga- rongga batu.

STALAKTIT
·         Saiz stalaktit dihadkan oleh berat sendiri dan akan di siling satu masa nanti.

·         Stalaktit adalah sentiasa lebih kurus daripada stalakmit.

STALAGMIT
·         Stalagmit adalah sejenis struktur yang naik dari lantai gua.

·         Stalagmit berlaku hanya pada keadaan tertentu dalam gua bawah tanah

·         Stalagmit adalah batu yang terbentuk di dasar gua.

·         Terbentuk akibat proses pelarutan air yang terjadi di dalam gua.

WAKTU BEROPERASI
·         Isnin hingga Ahad

9.00 pagi – 5.00 petang

Bayaran akan dikenakan mengikut pakej yang diambil

AKTIVITI
1.    Pakej A ( Mudah )
 

·         Golden Flowstone

- Membawa pengunjung hingga ke platform ke-3 sahaja

- Mengambil masa selama 40 minit

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm6 bagi pelancong dewasan dan Rm3 bagi 

  pelancong kanak-kanak.
 

2.    Pakej B ( Sederhana )

·         Top Of The World

- Mengambil masa selama 1 jam 45 minit

- Sekurang-kurangnya diikuti seramai 5 orang dewasa

- Dibuka pada 9 pagi – 3 petang setiap hari

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm9 bagi pelancong dewasa dan Rm4.50 bagi

   pelancong kanak-kanak 

3.     Pakej C ( Mencabar ) 

·         Top Of The World and River Adventure

- Mengambil masa selama 2 jam 30 minit

- Memerlukan 8 orang dewasa sekurang-kuranya

- Dibuka pada 9 pagi – 12 tengahari setiap hari

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm11 bagi pelancong dewasa dan Rm6 bagi

   pelancong kanak-kanak.
 

4.    Pakej D ( Paling Mencabar )

·         Grand Tour

- Mengambil masa selama 3 jam 30 minit

- Memerlukan 8 orang dewasa setipa lawatan

- Dibuka pada 9 pagi – 12 tengahari setiap hari

- Dikenakan bayaran sebanyak Rm22 bagi pelancong dewasa dan Rm11 bagi

   pelancong kanak-kanak.
 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENEROKAI GUA


BIL

PERALATAN

YA

TIDAK

1.

Lampu Suluh

 

 

2.

Air Minuman

 

 

3.

Kasut Sukan

 

 

4.

Beg Galas

 

 

5.

Alat Mandian

 

 

6.

Pakaian peribadi

 

 

7.

Plastik Beg

 

 

8.

Sudu atau Garfu

 

 

9.

Kompas

 

 

10.

Peti Pertolongan Cemas

 

 

 
KEMUDAHAN
Ø  Tandas awam

Ø  Tempat beristirehat

Ø  Tempat beribadat

Ø  Kedai cenderamata

Ø  Kedai makan

MUZIUM PADI NEGERI KEDAH

Oleh : Fatiha

Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini. Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

Muzium Padi Kedah yang terletak di Gunung Keriang, lapan kilometer dari bandar raya Alor Star.Muzium itu yang dirasmikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, adalah muzium padi pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina.Dari jauh, bangunan muzium megah mempamerkan keunikannya. Rekaannya berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat) dan mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya. Ia dibina di tapak seluas 12,000 meter persegi dengan ketinggian 20.5 meter.Kedudukan muzium itu di kaki Gunung Keriang memang mengasyikkan kerana gunung itu juga tempat penduduk setempat mengutip batu kristal dari dalam gua bukit batu kapur di sekitarnya.
Muzium ini juga dikelilingi sawah dan perkampungan tradisional Melayu.Melangkah masuk ke tingkat paling atas muzium, terasa seperti di tengah-tengah hamparan hijau jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Kerani tiket muzium, Sahimarmizy Omar, berkata bangunan tiga tingkat itu mempamerkan pelbagai peralatan yang berkaitan penanaman padi serta teknologi yang digunakan dalam penghasilan makanan ruji penduduk negara ini.Di aras satu muzium, pengunjung berpeluang meninjau koleksi jenis padi mengikut gred, selain melihat peralatan yang digunakan di sawah seperti anok, renggam, kepok, sisir, kuku kambing dan tenggiling. Di dalam muzium seorang warga kerja muzium menyarankan saya untuk pergi ke aras 3 dahulu. Apa yang menarik di aras ini adalah panorama dalam bentuk mural dan lanskap. Ramai kanak-kanak yang mengikuti rombongan sekolah di aras ini. Kita boleh menyaksikan pemandangan sambil duduk dikerusi yang bepusing membawa anda melihat seluruh pemandangan. Setelah selesai mengambil gambar saya turun untuk ke aras yang seterusnya. Aras seterusnya adalah aras ke 2 . Di aras ini kita boleh melihat lukisan-lukisan menggambarkan pertanian penanaman padi .

Disamping itu terdapat pameran makan-makan yang berasaskan beras dipamerkan antaranya kuih beras, rempeyek dan banyak lagi. Di suatu sudut terdapat sebuah tv yang sedang menayangkan dokumentari mengenai tanam padi. Kelihatan rombongan pelajar sekolah semakin ramai masuk ke dalam muzium. Selesai mengambil gambar saya terus turun ke aras 1.Yang menarik di aras ini adalah pameran-pameran alatan yang digunakan dalam penanaman dan pemprosesan dari zaman dahulu sehinggga sekarang  dipamerkan di sini. Antara alatan yang ditunjukkan adalah pisau pemotong padi, mesin yang memproses padi menjadi beras, dan banyak lagi. Terdapat sebuah akuarium  yang di dalamnya ada ikan-ikan hidup yang biasanya boleh di temui di dalam petak-petak sawah pada musim sawah berair. Antaranya ikan puyu, keli dan haruan.Muzium Padi sememangnya muzium yang harus dikunjungi oleh setiap orang yang ingin mengetahui sejarah penanaman padi dan segala yang berkaitan dengan padi.Kepada yang inginkan cenderamata untuk dibawa pulang atau sebagai hadiah, di aras ini juga terdapat kedai yang menjual cenderamata .
Antara yang dijual di sini adalah baju, hasil kraftangan makanan dan lain-lain. Dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Oktober 2004, bangunan Muzium Padi dibina berbentuk gemai padi dengan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam bangunan sampingan.Sebaik melangkah ke pekarangan muzium itu, pengunjung dapat menyaksikan beberapa ukiran haiwan yang menarik seperti kerbau membawa pembajak, singa dan burung manakala dalamannya pula turut dihiasi dengan lukisan dan mural yang menggambarkan sejarah, geografi serta teknologi penanaman padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi adalah 12,000 meter dan mempunyai tiga aras. Aras satu, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di negeri ini, meninjau koleksi pelbagai jenis padi dan melihat peralatan sawah tradisional seperti anak, renggam, kepok serta tenggiling.Di aras itu, pengunjung boleh mencuba pengalaman membanting dan menumbuk padi selain dapat melihat alat-alat penangkapan ikan yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan tangkul.Memasuki aras dua, pengunjung boleh memberi peluang kepada pengunjung melihat galeri yang memuatkan pelbagai lukisan yang berkaitan aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga sekarang.
Pihak muzium turut menyediakan tayangan dokumentari mengenai kaedah penanaman padi, selain dapat melihat aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.Dengan mendaki 59 anak tangga ke aras tiga yang menggambarkan seolah-olah mendaki Gunung Keriang hingga ke puncaknya, pengunjung menikmati ruang panorama menarik perkampungan padi tradisional.Aras terakhir itu turut menempatkan platform berputar yang membolehkan pengunjung menghayati keindahan jelapang padi pada satu musim dalam bentuk mural dan landskap.Sebagai tanda kenang-kenangan, pengunjung boleh mendapatkan buah tangan seperti kraf tangan berkaitan padi atau membeli makanan tradisional yang berasaskan beras di kedai cenderamata untuk dibawa pulang. Muzium Padi dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk RM3 seorang untuk dewasa dan RM1 (kanak-kanak serta rombongan sekolah), manakala mereka yang ingin membawa masuk kamera atau telefon bimbit berkamera akan dikenakan bayaran RM2 seunit.