·
Taman
Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan
22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba. untuk pelbagai kegunaan
seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan
rempah.
·
Taman
Herba Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak,Sultan Azlan Shah
serta turut pergi bersama ialah Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun,Raja Muda
Perak,Raja Dr.Nazrin Shah dan Raja Puan Besar,Tuanku Zara Salim
·
Taman
Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan,
surau dan dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti
seperti memancing.
·
Muzium
Herba Negara terletak di Kampung Kepayang, 1 km dari Simpang Pulai, negeri
Perak, Malaysia. Lokasinya di di persimpangan Jalan Gopeng-Batu Gajah. Asalnya
ialah taman pelbagai herba. Pengurus taman itu ialah Bala Subramaniam .
·
Muzium
ini mempunyai 3 bekas lombong bijih timah seluas 14 hektar dengan 8 hektar
kawasan tanaman pelbagai herba. Spesies popular ialah Misai Kucing, Kunyit
Bonglai, Kacip Fatimah dan Tutup Bumi Rimba. Pengunjung boleh merasai pelbagai
herba. Selain itu boleh memancing di bekas lombong.
·
Herba
lain yang ditanam ialah Emas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Tutup Bumi Rimba,
Kunyit, Kacip Fatimah, Serai Wangi ,Tongkat Ali,Hempedu Bumi,Daun Sekentut,
Keman Air, Cekur Kampung ,Bebuas Lagundi,Panah Durjana, Kucing Galak, Kapal
Terbang dan Kecubung.
·
Rempah
ratus yang terdapat seperti lada hitam, kayu manis, kulim, pala, bunga cengkih
dan lengkuas.
·
Herba
kosmetik yang ditanam seperti Lidah Buaya, Nilai, Lemuju, Avocado dan Delima.
Masa Melawat : 8:00 pagi- 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
Tiket : Dewasa-RM2
: Pelajar/Kanak-kanak-RM1
Aktiviti
Memancing : 3Jam-RM10
Perkhemahan/Familyday : 1 Tapak-RM200
Nombor
Telefon : 05-3572290
Nombor Faks : 05-3577597
Alamat : Taman Herba Negeri Perak
Simpang Sindhu
31300 Kampung Kepayang