UNESCO
A UNESCO World Heritage Site is a place (such as a forest,
mountain, lake, desert, monument,
building, complex, or city) that is listed by the UNESCO as of special cultural or physical
significance. The list is
maintained by the international World Heritage Programme administered by the
UNESCO World Heritage Committee, composed of 21 states
parties which are elected by
their General Assembly.
The programme catalogues, names, and conserves sites of
outstanding cultural or natural importance to the common heritage of humanity.
Under certain conditions, listed sites can obtain funds from the World Heritage
Fund. The programme was founded with the Convention
Concerning the Protection of World Cultural and Natural Heritage, which was adopted by the General
Conference of UNESCO on 16 November 1972. Since then, 189 states parties have
ratified the convention.
As of 2012, 962 sites are listed: 745
cultural, 188 natural, and 29 mixed properties, in 157 states parties. By sites ranked by country, Italy is home to the greatest number of
World Heritage Sites with 47 sites, followed by Spain (44) and China (43). UNESCO references each World
Heritage Site with an identification number; but new inscriptions often include
previous sites now listed as part of larger descriptions. As a result, the
identification numbers exceed 1200 even though there are fewer on the list.
Geografi Di Malaysia
Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Negeri yang
terbesar merupakan Sarawak melebihi 124,000km². Pahang yang mempunyai keluasan
35,965 km² merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia manakala
Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah negeri yang terkecil.
Negeri Sabah dan Sarawak terletak di pulau Borneo. Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagian, iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat, dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, dengan keluasan 91km² adalah terletak di persisiran pantai barat Sabah. Sarawak terdiri daripada Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan.

Malaysia berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 1 dan 7 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur dan tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada musim monsun barat daya dan monsun timur laut. Purata suhu di hampir keseluruhan Malaysia ialah antara 21 C hingga 32 C. Kelembapannya dikatakan agak tinggi.
Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru kerajaan persekutuan yang dibina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan kesemua pejabat kerajaan pusat dijangka di Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan akan dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.
Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia
Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama:
(a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November hingga Januari merupakan bulan-bulan yang mempunyai curahan hujan yang maksimum, manakala Jun dan Julai mempunyai curahan hujan yang minimum.
(b) Corak hujan di kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia menunjukkan dua tempoh hujan maksimum yang dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum utama biasanya berlaku pada bulan Oktober hingga November, manakala maksimum sekunder berlaku pada bulan April hingga Mei. Di kawasan barat laut, minimum utama berlaku pada bulan Januari hingga Februari, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Jun hingga Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun hingga Julai, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Februari.
(c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan oleh kejadian 'Sumatera' pagi pada bulan Mei hingga Ogos dan corak maksima serta minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum, manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum pada bulan Mac hingga Mei dan minimum pada bulan Jun hingga Julai tidak wujud atau kurang jelas.
Gempa bumi di Malaysia belum sampai memusnahkan mana-mana tempat di Malaysia. Ahli geologi mendapati Malaysia diluar 'Lingkaran api Pasifik' .Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mempunyai 17 stesen pengesan gempa bumi di seluruh Malaysia.
Sejak 2007, Malaysia mengalami 40 gempa bumi lemah. 37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang). Dari November 2007 - 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.
Senarai gegaran di Malaysia
1. 10 Mac 2010, gegaran di sekitar Tasik Kenyir, Terengganu pada 2.6 pada skala Richter jam 11.10 malam. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titik pusatnya di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.[1]Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas menyatakan gempa lemah sebegini pernah berlaku pada 1980-an akibat pelepasan gas tektonik.Ia berlaku sewaktu proses pengisian air Empangan Kenyir.
2. 26 Februari 2010, berlaku gempa bumi lemah 3.1 skala richter di Lahad Datu, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titii gempa pada latitud 5.3 Utara dan longitud 118.2 Timur.
3. 5 Disember 2009 jam 9.41 pagi , gegaran gempa 2.2 skala Richter terjadi Janda Baik, Pahang
4. 9 Oktober 2009, gempa bumi lemah di Bukit Tinggi, Pahang jam 4.45 pagi - 12.05 tengah hari.
Migrasi Penduduk
PENGENALAN
Migrasi atau penghijrahan melibatkan perubahan tempat tinggal yang asal.
Pergerakan setempat berlaku jika penghijrahan tidak melintasi sempadan dan di dalam unit kawasan yang sama
Migran adalah penduduk yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain
Emigran adalah penduduk yang keluar dari negerinya sendiri
Imigran adalah penduduk yang masuk dan menetap di negeri yang lain
MENGAPA MIGRASI BERLAKU?
a) Faktor-faktor Tolakan
Kekurangan peluang pekerjaan atau kehilangan pekerjaan menyebabkan masalah penggangguran
Kekurangan tanah pertanian kerana bilangan penduduk semakin meningkat
Pengangguran menyebabkan kemiskinan dan mungkin kebuluran
Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan angina kuat seprti taufan boleh menyebabkan perpindahan penduduk

keluar ke sesuatu tempat
Kawasan yang kekurangan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam seperti perkhidmatan perubatan, pendidikan
Kawasan yang kekurangan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam seperti perkhidmatan perubatan, pendidikan
bekalan air bersih
dan elektrik juga terdapat perpindahan keluar
b) Faktor-Faktor Tarikan
Kawasan yang mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan menarik ramai penduduk
Malaysia mempunyai keadaan politik yang stabil yang menarik banyak penduduk Indonesia dan Thailand
Bandar-bandar yang mempunyai perkhidmatan sosial dan kemudahan awam yang lebih baik
Bandar yang mempunyai perkhidmatan pendidikan dan iktisas yang lebih baik Tempat-tempat yang beriklim lebih nyaman menarik lebih migran
c) Faktor-Faktor Yang Lain

Faktor seperti peperangan dan bencana alam memaksa seseorang berpindah.
Migrasi berlaku apabila terdapat lebih banyak factor tolakan di tempat asal dan lebih banyak faktor tarikan di tempat
destinasi
Faktor sosial merukan faktor utama yang menyebabkan migrasi berlaku
Penduduk suatu negara atau daerah boleh ditakrifkan dari dua sudut:
Faktor sosial merukan faktor utama yang menyebabkan migrasi berlaku
Penduduk suatu negara atau daerah boleh ditakrifkan dari dua sudut:
1. Orang yang memang tinggal di daerah tersebut.
2. Orang yang secara hukum berhak tinggal di daerah tersebut.
Dengan kata lain orang yang mempunyai dokumen
rasmi untuk tinggal di situ.
Contohnya bukti kewarganegaraan, tetapi memilih tinggal di daerah lain.
Kepadatan ialah nisbah bagi jumlah objek terhadap luas kawasan. Dengan demikian satuan yang digunakan ialah
Kepadatan ialah nisbah bagi jumlah objek terhadap luas kawasan. Dengan demikian satuan yang digunakan ialah
satuan/luas kawasan, misalnya:
buah/m2. Sebagai contoh, kepadatan penduduk disebut sebagai 65 orang/km2.
Taburan suhu
Sebagai sebuah negara yang terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang hampir seragam sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2°C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia serta bahagian utara dan timur laut Sabah yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin musim sejuk dari Siberia semasa monsun timur laut yang berlaku pada musim sejuk Hemisfera Utara. Walau bagaimanapun, perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3°C.

Julat suhu harian adalah besar, antara 5°C hingga 10°C bagi stesen-stesen berhampiran pantai dan antara 8°C hingga 12°C bagi stesen-stesen di pedalaman, tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, waktu malam sejuk di mana-mana kecuali semasa monsun barat daya, yang mana pada waktu malam boleh dikatakan agak hangat.
Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun timur laut dan ini terdapat di kawasan pantai timur, manakala di Sabah, bahagian utara dan timur lautnya juga menunjukkan perubahan suhu yang jelas. Bagi negeri Sarawak, tiada perubahan suhu yang jelas dapat ditentukan. Suhu purata bulanan adalah paling tinggi pada bulan April dan Mei, sementara suhu purata bulanannya paling rendah pada Disember dan Januari.
Purata suhu harian di kebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahan-perubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timur laut, hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Sebagai contoh, di daerah Kuala Terengganu semasa monsun timur laut, suhu pada waktu siang jarang mencapai 32°C dan kerap kali tidak mencapai 27°C sekiranya hujan lebat melanda, manakala di Sandakan, Sabah, semasa monsun timur laut, iaitu musim hujan bagi daerah ini, suhu maksimum bagi setiap hari dalam bulan Disember hingga Februari, jarang mencapai lebih daripada 31°C walaupun tanpa hujan serta suhu minimum dalam bulan-bulan ini kadang-kadang boleh turun sehingga di antara 23°C dan 24°C. Beberapa keadaan yang telah dicatatkan menunjukkan bahawa suhu tidak melebihi 24°C, iaitu suhu terendah yang dicapai pada waktu malam di kebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya antara 21°C hingga 24°C. Tetapi nilai suhu di hampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut. Malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.
Kelembapan bandingan
Seperti yang diperkatakan, Malaysia menpunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, dan berubah mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubah-ubah dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan barat laut Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubah-ubah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari.

Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan
bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari, kecuali
bagi negeri-negeri pantai timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, di mana
kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan
maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.
Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh mencapai serendah 42% semasa bulan-bulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan-bulan lembab. Bagaimanapun, purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari satu tempat ke satu tempat, iaitu melebihi 94% dan mungkin mencapai setinggi 100%. Negeri-negeri di barat laut, iaitu Kedah dan Perlis serta utara Sabah mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian terbesar.
Rujukan :
a) Sen, Chong Mui, Buku Teks SPM, Bantuan Studi Lengkap, Geografi Manusia Tingkatan 5, Sasbadi Sdn. Berhad, PJ, 1999
b) http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Malaysia